Hi! Welcome Back and Stay Tune! TMJ, Annuar Bersaing Rebut Presiden FAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TMJ, Annuar Bersaing Rebut Presiden FAM

Foto Facebook JOHOR Southern Tigers yang memuat naik gambar Sultan Johor memberi perkenan kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk bertanding jawatan Presiden FAM baru-baru ini.

KELANA JAYA: Pertembungan satu lawan satu akan dapat disaksikan bagi perebutan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila dua calon sah bertanding bagi merebut ‘kerusi panas’ itu pada Kongres Pemilihan FAM ke-53, 25 Mac ini.

Dua calon terbabit adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Dua calon lagi iaitu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat sah menarik diri.

Perkembangan terbabit diumumkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin di sini, sebentar tadi.

Hamidin berkata, empat calon bagi Timbalan Presiden turut mengesahkan bakal bertanding, namun beliau enggan mendedahkan empat individu terbabit.

“Semua calon yang sah bertanding akan diteliti terlebih dulu dalam Mesyuarat EXCO yang akan diadakan 20 Februari ini.

“Selepas itu kita akan memuktamadkan senarai penuh calon yang sah bertanding dan calon masih boleh menarik diri sebelum tarikh kongres berlangsung,” katanya.

Pada masa sama, sembilan calon bakal bertanding bagi jawatan Naib Presiden dan 17 calon merebut jawatan EXCO FAM.

Saingan sengit bagi jawatan EXCO Wanita pula menyaksikan semua tujuh individu yang dicalonkan sedia bertanding pada kongres terbabit.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.