Kerjaya Terkini Ana Raffali Bukan Lagi Penyanyi…
Nama Ana Raffali memang dikenali satu masa dahulu, kini selepas berumahtangga dan begelar ibu kepada Aaydeen (2 tahun), dia semakin sunyi dan namanya semakin ramai tidak mengenalinya.
Memetik HarianMetro, Ana memberitahu, dia kini menjadi guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Cheras, Selangor, hampir setahun lalu dimana Ana memanfaatkan ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) yang dimilikinya sekarang
“Sekarang saya berehat daripada menulis lagu dan menyanyi kerana antara impian adalah untuk menjadi guru. Saya mendapat ijazah kelas pertama, jadi sayang jika tidak menggunakan ilmu yang dipelajari itu.
“Malah ibu bapa sangat berharap melihat saya menjadi pendidik. Bapa seorang saintis dan dia mahu lihat saya berjaya dalam dunia pendidikan.
“Sebenarnya nak kata saya berehat sepenuhnya daripada dunia seni tidak juga kerana ada cipta lagu dan lirik untuk syarikat korporat.
“Terbaru saya hasilkan lagu untuk Pelancongan Malaysia mempromosikan rumah inap desa atau ‘homestay’. Kali terakhir saya cipta lagu komersial pada 2013.
“Masih ada juga pihak yang menjemput saya membuat persembahan. Oleh kerana saya bergerak bebas tanpa terikat dengan mana-mana syarikat rakaman atau pengurusan, penganjur akan menghubungi saya terus.
“Saya juga seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah RPMB (Recording Performers Malaysia Berhad) yang memastikan setiap artis dan pemuzik dapat hak mereka dari segi royalti,” katanya
Sementara itu, Ana akui berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana atau doktor falsafah (PhD) suatu masa nanti.
Tag : Ana Raffali , Berita Artis , Cikgu , Penyanyi
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>
Post a Comment