Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Menyertai Badan Disebalik Qi – Menguatkan Lagi Ura-Ura iPhone Dengan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Menyertai Badan Disebalik Qi – Menguatkan Lagi Ura-Ura iPhone Dengan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar

Apple telah diperkatakan sebelum ini yang mana mereka akan hadir dengan iPhone yang menggunakan sokongan pengecasan tanpa wayar. Desas-desus akhir-akhir ini mengatakan Apple mungkin hadir dengan iPhone seumpamanya seawal tahun ini.

Menguatkan lagi desas-desus berkenaan, pihak Apple kini telah disenaraikan sebagai salah seorang ahli dibawah Wireless Power Consortium – iaitu badan disebalik piawaian pengecasan tanpa-wayar yang dipanggil Qi.

Badan sama juga mempunyai sejumlah ahli lain, termasuk antaranya Samsung, Nokia, Lenovo, Asus dan sebagainya. Ini mungkin memudahkan lagi para pengguna sekiranya Apple turut mengguna-pakai piawaian yang sama dan selarikan penggunaannya di antara satu-sama lain.

Ia tidak diketahui lagi iPhone tahun ini akan menyertakan sokongan berkenaan ataupun tidak. Tetapi, dengan penyenaraian ini, kebarangkaliannya adalah kini lebih tinggi berbanding sebelum-sebelum ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2koBze1

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.