Grab Dilaporkan Ingin Membeli Syarikat Pembayaran Atas-Talian Di Indonesia Pada Nilai Melangkaui $100 Juta
Grab merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna untuk menempah kenderaan ke sesuatu lokasi yang ingin dituju. Ia agak popular di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Terkini, laporan baru hadir mengatakan Grab dalam proses untuk membeli dan mengambil-alih salah satu syarikat pembayaran atas-talian di Indonesia. Syarikat yang diperkatakan adalah Kudo, dimana ia menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat pembayaran menggunakan tunai untuk pembelian atas-talian – salah satu perkara yang boleh dikatakan mempunyai permintaan tinggi di Asia Tenggara.
Nilai pengambil-alihan dikatakan melangkaui $100 juta dan dikatakan merupakan sebahagian daripada nilai pelaburan Grab di Indonesia.
Buat masa ini, Kudo dan Grab tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan perkara ini. Menurut Reuters, Grab mungkin membuat pengumuman berkaitan dengannya seawal minggu ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kClzWD
Post a Comment