Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ranieri Sedia Gugur Pemain Bintang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ranieri Sedia Gugur Pemain Bintang

PENGURUS Leicester City Claudio Ranieri. – Foto AP

LONDON: Pengurus Leicester City Claudio Ranieri bersedia menggugurkan beberapa pemain yang membantu mereka memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris bagi mengelakkan The Foxes tersingkir daripada kancah liga elit itu.

Juara bertahan itu belum meraih kemenangan malah gagal menjaringkan gol dalam enam perlawanan liga pada 2017 dan tewas 2-0 kepada pasukan yang turut bergelut di zon penyingkiran Swansea City, malam tadi.

Kekalahan itu meletakkan mereka satu mata di atas zon penyingkiran sekali gus berdepan kemungkinan tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Ketika ditanya wartawan sama ada dia terlalu setia dan mempercayai pemain musim lalu, Ranieri berkata: “Sudah tentu ia adalah sukar apabila anda mencapai sesuatu yang baik, anda mahu memberi mereka satu peluang, dua peluang atau tiga peluang. Mungkin sekarang, ia sudah terlalu banyak.

“Sudah tentu saya perlu mengubah sesuatu kerana tidak mungkin untuk meneruskan dengan cara begini. Kami mempunyai dua masalah – kami kalah dan kami gagal menjaringkan gol. Semua orang cuba memperkatakan sesuatu yang positif untuk membantu antara satu sama lain. Tetapi selepas itu, kami tewas lagi.

“Saya selalu mempersoalkan diri saya tetapi kemudian saya selalu berkata ‘kami perlu melakukan sesuatu yang baik bersama’.”

Jamie Vardy dan Riyad Mahrez, kedua-duanya yang menandatangani kontrak bernilai 110,000 pounds (RM594,000) seminggu mengikut laporan media, beraksi hambar musim ini dan kedudukan mereka terancam bersama seorang lagi pemain yang menyinar musim lalu, Danny Drinkwater.

Sudah tentu Leicester tidak mahu menjadi kelab Inggeris pertama tersingkir daripada kancah elit sejak nasib buruk itu menimpa Manchester City pada 1938. – REUTERS





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.