Anugerah Grammy: Memperaga Gaun 'Make Amerika Great Again', Penyanyi Joy Villa Dipuji
Penyanyi dan penulis lirik, Joy Villa membuat kenyataan politik di Anugerah Grammy dengan memperaga gaun berwarna biru dengan slogan kempen Presiden Donald Trump – “Make America Great Again”.
Anugerah muzik itu sedang berlangsung di Staples Center, Los Angeles.
Joy Villa pada mulanya tiba ke acara karpet merah dengan memakai gaun berwarna putih dan kemudian mengejutkan orang ramai dengan mendedahkan gaun berbaur politik itu yang dipakai dibawah gaun tersebut.
Gaun berwarna biru dengan slogan “Make America Great Again” di bahagian hadapan, dan nama “Trump” di belakang itu nyata mengundang pelbagai reaksi.
Kebanyakan netizen memuji keberanian Joy Villa yang tidak menghiraukan pandangan selebriti lain memandang kebanyakan mereka di Hollywood adalah penyokong Democrat.
Malah, ada yang menyifatkan Joy Villa sebagai seorang yang patriotik.
Bagaimanapun, ada juga yang mengkritik pilihan gaun itu.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>
Post a Comment