Hi! Welcome Back and Stay Tune! MPKB-BRI Tekad Mahu Kejutkan Harimau Kumbang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MPKB-BRI Tekad Mahu Kejutkan Harimau Kumbang

KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan (MPKB-BRI UBES FC) akan memanfaatkan kelebihan aksi di laman sendiri untuk mengutip mata penuh ketika berdepan pasukan Liga Super, Pulau Pinang pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, esok.

Kamaruddin Mohammad

Pengendali skuad itu, Kamaruddin Mohammad berkata, selepas mendapat laluan percuma pada pusingan pertama, MPKB BRI mempunyai tempoh rehat yang panjang untuk mempersiapkan pasukan sebelum berentap di saingan kalah mati.

“Pemain menunjukkan komitmen tinggi dengan mengikut segala arahan dan percaturan sehingga mampu mencapai keputusan baik pada tiga perlawanan persahabatan sebelum ini.

“Saya mahu prestasi ini dikekalkan dalam misi membuat kejutan ke atas pasukan Liga Super dan memburu tempat ke pusingan seterusnya selepas terkandas pada pusingan pertama Piala FA musim lalu.

“Dengan persembahan bertenaga ketika siri perlawanan persahabatan, saya harap momentum ini dapat dikekalkan apabila berdepan tugas lebih getir bertemu Pulau Pinang,” katanya di sini, hari ini.

Pada saingan pusingan kedua ini, Kamarudin mempertaruhkan beberapa bekas pemain Kelantan, Judtana Eh Putt, Tuan Norhafizie Tuan Mahmood serta empat bekas pemain Piala Presiden.

Gabungan itu ternyata membuahkan hasil apabila mencatat kemenangan 2-1 dalam aksi persahabatan pra musim dengan Kelab BUJ (Kelab Bola Sepak Kuantan), dan tewas 1-2 kepada Kelab Nara, Thailand dan Terengganu (0-5).





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.