Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM Umum Peruntukan RM30 Juta Bina Litar Di Kedah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM Umum Peruntukan RM30 Juta Bina Litar Di Kedah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk membina sebuah litar lumba di Kedah. Harian Metro melaporkan beliau membuat pengumuman berkenaan ketika majlis pelancaran Program Gen Y bersama Perdana Menteri, hari ini.

Dengan adanya litar berkenaan kelak, adalah diharapkan ia akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh anak muda untuk tujuan riadah serta mencungkil bakal dalam sukan permotoran dengan cara yang lebih sistematik, dengan harapan mereka tidak lagi berlumba di jalan raya.

“Saya nak sahkan atas permintaan Menteri Besar, saya luluskan peruntukan RM30 juta untuk pembinaan litar lumba di Sungai Petani. Selepas ini tak payah jadi mat rempit lagi, lumbalah sepuasnya di litar ini dan tak payah lumba di atas jalan lagi,” jelas beliau di hadapan kira-kira 4,000 hadirin, termasuk generasi muda pada majlis berkenaan.

Tambah Najib, litar lumba berkenaan akan dilancarkan tidak lama lagi dan ia sebagai satu daripada komitmen kerajaan dalam membantu generasi muda di negara ini dalam aktiviti sukan.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.