Piala FA: TRW Enggan Ambil Risiko
JURULATIH Kelantan, Zahasmi Ismail. – Foto nik abdullah nik omar
KOTA BHARU: Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail menegaskan tidak akan mengambil risiko menurunkan barisan kedua ketika menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dalam pusingan kedua Piala FA di Stadium Perak, malam esok.
Menurutnya, walaupun PKNP FC pendatang baharu Liga Perdana, anak buah Abu Bakar Fadzim sudah membuktikan kehadiran mereka bukan sebagai pasukan belasahan.
“Tiada sebab The Red Warriors (TRW) memperkecilkan kekuatan lawan dengan merehatkan pemain utama dan menurunkan barisan skuad simpanan.
“Malah, tindakan merehatkan beberapa tonggak bakal mengundang risiko memandangkan PKNP FC mempunyai tenaga import berkualiti dan memiliki kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri,” katanya ketika dihubungi BH Online, hari ini.
Zahasmi berkata, cabaran utama yang perlu dihadapinya ialah TRW terpaksa bergelut dengan susunan jadual padat bulan ini apabila perlu beraksi empat perlawanan dalam tempoh 12 hari.
Justeru, katanya, dia perlu bijak memastikan keberkesanan dalam proses penggiliran pemain selain merangka strategi terbaik supaya tidak masuk perangkap PKNP FC.
“Kita pernah bertemu PKNP FC dalam aksi persahabatan terakhir dan walaupun keputusan memihak kepada TRW, tetapi ia bukan ukuran sebenar.
“Pemain TRW dianggap melakukan kesilapan jika memandang rendah keupayaan lawan. Harus diingat mereka adalah naib juara Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2016,” katanya.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>
Post a Comment