Hi! Welcome Back and Stay Tune! Digi Menawarkan YouTube Secara Percuma Esok, 14 Februari – Turut Menawarkan Ais Krim Percuma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Digi Menawarkan YouTube Secara Percuma Esok, 14 Februari – Turut Menawarkan Ais Krim Percuma

Digi kini menyediakan promosi khusus kepada para pelanggan mereka, mengatakan sebagai penghargaan kerana memilih perkhidmatan telekomunikasi Digi. Untuknya, Digi kini menawarkan dua promosi untuk minggu ini.

Yang pertamanya adalah penawaran data percuma untuk YouTube untuk tempoh 24 jam pada 14 Februari 2017 ini. Bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam esok, pengguna akan dapat menikmati YouTube tanpa had secara percuma melalui pelayar web, aplikasi YouTube dan juga melalui tethering

Pengguna hanya perlu memastikan akaun mereka aktif, dan pada masa yang sama menggunakan perkhidmatan Digi. Digi mengatakan semua pelan disokong, KECUALI Happy Broadband (Prepaid), Happy Internet (Prepaid), Prepaid Broadband, Prepaid Broadband (Starter Pack), Prepaid Internet, Prepaid Internet 1Malaysia, Prepaid Broadband Mampu Milik, M2M Plan (Postpaid) dan juga SIM Khusus Data (Postpaid).

Digi Ais Krim

Disamping itu, melalui aplikasi myDigi, pihak Digi kini menawarkan ais krim percuma McDonalds yang perlu ditebus melalui aplikasi berkenaan dan mendapatkannya antara 13 hingga 15 Februari 2017 ini. Ais krim percuma ini ditawarkan oleh Digi untuk semua pengguna yang mempunyai aplikasi MyDigi di Android atau iOS.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kmyzPc

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.