Pra-Tempahan Untuk Nintendo Switch Mula Diambil Di Malaysia Pada Harga Melangkaui RM2k
Nintendo Switch merupakan konsol terbaru berbentuk hibrid yang hadir daripada pihak Nintendo. Ia dijangka dijual bermula Mac 2017 ini, dan kini beberapa penjual tempatan turut telah bersedia dan mengambil pra-tempahan untuk konsol berkenaan bagi para peminat tempatan.
Nintendo Switch membawakan konsol berbentuk hibrid, dimana ia boleh di dok ke televisyen dengan mudah, selain turut boleh ditanggalkan dan dimainkan sebagai konsol mudah-alih. Sejumlah permainan khusus turut ditawarkan untuk Nintendo Switch seperti Mario, Zelda dan sebagainya.
Di Malaysia, beberapa penjual telah mengambil pra-tempahan untuk konsol berkenaan. Salah satunya adalah Impulse melalui laman mereka yang mengambil pra-tempahan pada harga RM2099. Mereka mengesahkan melalui laman web mereka mengatakan ia hadir daripada Maxsoft Singapore – iaitu pengedar Nintendo di rantau Asia Tenggara.
Selain Impulse Gaming, pihak Gamers Hideout turut mengambil pra-tempahan pada harga RM2299 yang hadir dengan dua permainan.
Dengan kedua-dua penjual ini, mungkin kita akan melihat harga penawaran lebih kurang sama – menjadikan ia dilihat sedikit mahal, apatah lagi dengan PlayStation 4 Pro yang menawarkan sokongan 4K dijual pada harga lebih rendah daripadanya. Namun begitu, PS4 Pro bukan berbentuk mudah-alih dan tidak hibrid seperti Nintendo Switch.
Jadi, pada harga melangkaui RM2,000 ini, adakah konsol ini akan menjadi pilihan anda?
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kBrJ9e
Post a Comment