Hi! Welcome Back and Stay Tune! Griezmann Lengkapkan Kebangkitan Atletico - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Griezmann Lengkapkan Kebangkitan Atletico

PEMAIN Atletico Madrid, Antoine Griezmann meledak gol kemenangan pada hujung permainan untuk melengkapkan kebangkitan yang menyumbat dua gol dalam tempoh tiga minit ketika menewaskan Celta Vigo 3-2 dalam saingan La Liga, awal pagi tadi di stadium Vicente Calderon. – Foto AFP

BARCELONA: Antoine Griezmann meledak gol kemenangan pada hujung permainan untuk melengkapkan kebangkitan dramatik Atletico Madrid yang menyumbat dua gol dalam tempoh tiga minit ketika menewaskan Celta Vigo 3-2 dalam saingan La Liga, awal pagi tadi.

Atletico seakan berada di ambang kekalahan apabila John Guidetti meletakkan pelawat mendahului 2-1 pada minit ke-78 tetapi Yannick Carrasco menyamakan kedudukan dengan voli menarik pada minit ke-86.

Griezmann yang juga penyerang Perancis kemudian melengkapkan kebangkitan tuan rumah dengan meledak gol kemenangan seminit sebelum tamat perlawanan.

“Ia adalah perlawanan yang emosi dan mendebarkan dengan banyak kesilapan di antara dua pasukan yang memburu kemenangan,” kata jurulatih Atletico Diego Simeone.

“Celta beraksi baik, mereka membuatkan kami berdepan kesukaran ketika serangan balas tetapi sekali lagi kami menemui semula rentak dalam 10 minit terakhir.”

Tuan rumah bermula buruk apabila kesilapan penjaga gol Miguel Angel Moya yang menumbuk lemah keluar bola daripada sepakan sudut menyaksikan Gustavo Cabral mudah menanduk masuk bagi membolehkan pelawat mendahului 1-0 pada minit kelima.

Fernando Torres bagaimanapun tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan tetapi bekas penyerang Liverpool dan Chelsea berkenaan gagal meletakkan Atletico di depan apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas itu.

Kemenangan itu membolehkan barisan Diego Simeone memintas Real Sociedad di tangga keempat dengan 42 mata, sementara Sevilla kekal di tangga ketiga dengan 46 mata selepas menewaskan Las Palmas 1-0, terima kasih atas gol lewat penyerang gantian Joaquin Correa. – Reuters





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.