Hi! Welcome Back and Stay Tune! WORQ Menerima Suntikan Dana Sebanyak RM3.5 Juta Untuk Luaskan Penawaran Tempat Kerja Sejawat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WORQ Menerima Suntikan Dana Sebanyak RM3.5 Juta Untuk Luaskan Penawaran Tempat Kerja Sejawat

WORQWORQ merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan tempat kerja sejawat dan bakal beroperasi mulai bulan Mac 2017 ini. Kini, sebagai langkah awal, mereka telah mendapatkan suntikan dana berjumlah RM3.5 juta daripada sejumlah pelabur – termasuk antaranya adalah Cradle Fund, SMG, dan 500 Durians.

Tempat kerja sejawat mereka yang pertama terletak di Glo Damansara, dan dijangka dapat menampung sekitar 400 ahli untuk menggunakannya dalam operasi dan kerja harian mereka.

Bagi anda yang tidak mengenali konsep tempat kerja sejawat, ia adalah salah satu trend terbaru yang semakin popular dikalangan syarikat-syarikat kecil baru – dimana mereka boleh menyewa meja dan menggunakannya dalam operasi harian dan kerja mereka. Ini adalah kerana syarikat kecil yang kurang daripada 5 pekerja dapat menjimatkan bayaran sewa dengan hanya perlu menyewa meja daripada tempat kerja sejawat seperti ini.

WORQ mengatakan bakal menawarkan perkhidmatan bermula serendah RM10 sehari yang memberikan akses kepada pelbagai kemudahan – termasuk bilik mesyuarat, kerusi urut, tempat mandi, tempat baring, dan sebagainya.

Kita mungkin akan dapat melihat WORQ terus memperluaskan penawaran mereka dengan suntikan dana berjumlah RM3.5 juta ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kj8WDv

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.