Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari

Seorang bayi berusia dua bulan di China hampir kehilangan ibu jari di tangan kirinya selepas dililit oleh sehelai rambut.

Rambut dari kepala ibunya itu melilit ibu jari bayi berkenaan dengan kuat sehinggakan anggota badan itu membengkak dengan besar.

Bagaimanapun, bayi terbabit bernasib baik apabila doktor berjaya mengesan dan membuang rambut itu dalam satu operasi pada Jumaat tanpa sebarang pemotongan (jari).

Menurut Jiangsu TV, ibu terbabit yang dikenali sebagai Wang membawa bayinya itu ke hospital Renci di Xuzhou pada 10 Februari lalu.

Wang memberitahu pemberita bahawa bayinya itu sudah menangis di rumah selama empat ke lima hari tetapi dia tidak perasan perkara itu (rambut mengikat jari).

“Mungkin ia berlaku ketika saya memegangnya secara rapat, saya tidak perasan langsung dan saya tak periksa dengan terperinci.” kata Wang.

Rambut berkenaan terikat di sekeliling ibu jari bayi tersebut selama beberapa hari sehingga menyebabkan aliran darah terhenti dan menyebabkan bengkak.

Dr. Hu Jun Sheng menjelaskan perkara itu mungkin menyebabkan kematian tisu dan kemungkinan pemotongan jari jika bayi itu dihantar lambat sehari.

“Tisu lembut di ibu jari terkoyak, menyebabkan aliran darah perlahan ke hujung jari” tambahnya.

Bayi tersebut kini dalam proses penyembuhan.

Dr. Hu juga mengingatkan kepada ibu muda agar memastikan rambut mereka dalam keadaan pendek atau terikat untuk mengelakkan insiden itu dari berlaku.

Insiden ini dikenali sebagai Toe Tourniquet Syndrome dan ia boleh berlaku kepada bayi baru lahir kerana selepas mengandung, para ibu biasanya mengalami keguguran rambut.

Sumber: DM





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.