Terengganu Menang Tipis Ke Atas Felcra FC
ISSEY Nakajima (kanan) berjaya melepasi pemain Felcra pada perlawanan Piala FA 2017 pusingan kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. – Foto Ghazali Kori
KUALA TERENGGANU: Terengganu dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan Liga FAM, Felcra FC pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Issey Nakajima Farran sepatutnya meletakkan Terengganu di depan, namun rembatannya di depan gawang melepasi palang seawal minit pertama permainan.
Pada minit ke-10, pemain import kelahiran Kanada yang memiliki kerakyatan Jepun itu sekali lagi mendapat peluang terbaik tetapi kali ini percubaannya menuju tepat ke dakapan penjaga gol pelawat, Muhd Syamin Othman.
Penjaga gol Felcra FC itu terus cemerlang mengawal pintu gawangnya apabila menepis tandukan pemain pertahanan, Nasrullah Haniff Johan berpunca sepakan sudut Lutfulla Turaev pada minit ke-29.
Pada minit ke-35, pelawat yang dibimbing Yusri Che Lah mencemaskan kubu tuan rumah, namun rembatan Mohd Firdaus Azizul dari dalam kotak penalti ditepis keluar Amierul Hakimi Awang.
Terdesak memburu jaringan, pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim membuat pertukaran taktikal memasukkan penyerang, Muhd Amirul Syahmi Ashari bagi menggantikan pemain sayap, Mohd Ezaidy Mohd Khadar pada minit ke-39.
Skuad Penyu akhirnya berjaya memecah kebuntuan jaringan menerusi rembatan ketua pasukan, Abdul Latiff Suhaimi pada minit ke-55.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>
Post a Comment