Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Pasangan Kahwin Campur Yang Popular Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Pasangan Kahwin Campur Yang Popular Di Malaysia

Orang tua-tua kata, cinta itu buta. Setiap perbezaan, yakni dari segi rupa paras, harta mahupun pangkat dan darjat tidak pernah diendah sementelah pasangan bercinta akan berusaha untuk kekal bersama. Namun, bagaimana pula percintaan yang melibatkan perkara lebih serius dan memerlukan pengorbanan kepercayaan agama?

Umumnya, perkahwinan campur sudah pun wujud sejak berzaman dahulu. Ketika di zaman kesultanan Melayu dahulu, perkahwinan antara puteri atau putera kerajaan Melayu dirancang dengan waris pemerintah negeri Arab dan China demi meluaskan kuasa atau melebarkan sayap perniagaan. Kahwin campur moden kini terbahagi kepada tiga kategori iaitu kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara dan kahwin campur antara agama. Ada keistimewaannya apabila berkahwin campur ini.

Saya selalu follow mereka ini dan melihat bagaimana mereka adaptasikan kehidupan Islam dalam hidup mereka. Budaya yang berlainan dan kini agama yang sama menyatukan mereka.

Perkahwinan campur merupakan satu BONUS dan banyak kelebihan untuk sesebuah institusi keluarga. Semoga mereka ini berbahagia hingga ke jannah.

1. Ismail Ariffin Lepat  (Facebook)

Berkahwin dengan gadis German dan kini dikurniakan 2 orang cahaya mata, Aminah dan Azali. Saya suka tengok video anak-anaknya!

2. Ctsafuraa (Instagram)

Berkahwin dengan pemuda Sweden dan baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata, Dhuhaa Sophea Stumbrys. Melting tengok! Pagi-pagi mesti si ibu pasangkan alunan ayat-ayat Al-quran untuk Sophea.

3. Light.km (Instagram)

Menetap di Paris bersama suami dan anak-anak. Anak sulung dah umur 16 tahun. Saya suka tengok bagaimana akak ini mendidik anak-anaknya.

4. Starring you (Facebook)

Pasangan yang masih di awal fasa perkahwinan. Lihat bagaimana mereka saling mengenali budaya dan si lelaki mula mendalami Islam. Michael dari Belgium mengenali si isteri bermula dari aplikasi Couchsurfing!

5. Snfad_diela (Instagram)

Graduan dari UTM ini berkahwin dengan pemuda k-pop. Mengenali diantara satu sama lain atas program pertukaran pelajar. Begitu juga kawan baik beliau berkahwin dengan pemuda bernama Ryan Johnson(ig:ryanjohnsonmy). Kelakar melihat si suami belajar cakap Melayu!

Buat yang dalam #misimencarimatabiru , teruskan misi anda. Anda tahu apa niat anda dan jika benar dia jodoh anda, Inshaallah akan dipermudahkan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n3ykxs

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.