Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adam Optimis 'bakar' Litar Losail - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adam Optimis 'bakar' Litar Losail

PENUNGGANG Moto3, Adam Norrodin yang memakai sut baharu pasukan SIC Racing Team tidak sabar menghadapi perlumbaan pembuka tirai MotoGP di Litar Losail, minggu depan.- Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Pasukan SIC Racing Team akan memanfaatkan sepenuhnya ujian rasmi kedua yang dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, bermula esok.

Ujian tiga hari itu adalah medan terakhir sebelum bermula Grand Prix (GP) Qatar yang menjadi pembuka tirai musim Kejuaraan Motosikal Dunia 2017 (MotoGP) di litar sama, 26 Mac ini.

Bagi penunggangnya, Adam Norrodin, dia sangat optimis untuk ujian kedua ini selepas melengkapkan sesi ujian rasmi pertama di Jerez yang dirumuskan positif minggu lalu.

“Saya tidak sabar untuk ke Qatar,” kata Adam. “Tahun lalu kami meraih keputusan yang agak bagus di sana.

“Saya selesa beraksi di sana dan sekarang sudah mempunyai setahun pengalaman dalam Moto3. Saya sangat positif untuk sesi ujian rasmi nanti.

“Saya fikir, dengan pelarasan yang kami peroleh sekarang ini, kami boleh memulakan saingan dengan baik dan berusaha mencatatkan masa yang lebih pantas lagi.

“Ujian tiga hari ini akan menjadi sesuatu yang sangat penting, ia memberi kami peluang untuk mencari pelarasan terbaik jentera dan mempersiapkan pasukan untuk Grand Prix pertama nanti.

“Sasaran saya bagi ujian di Qatar nanti adalah memperbaiki corak tunggangan saya dan menyesuaikan diri dengan litar supaya saya dapat memecut dengan lebih baik.”

Tahun lalu, Adam menamatkan perlumbaan GP Qatar di tangga ke-20 dengan catatan 38 minit 29.680 saat.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mNmTb4

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.