Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kedutaan M'sia Di Indonesia Adakan Solat Hajat Untuk Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kedutaan M'sia Di Indonesia Adakan Solat Hajat Untuk Negara

JAKARTA: Kira-kira 100 petugas dan ahli keluarga di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia menunaikan solat hajat semalam bagi memohon kesejahteraan negara dalam menghadapi ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim serta timbalannya, Zamshari Shaharan turut menyertai jemaah untuk solat hajat, tahlil dan bacaan Yaasin yang diadakan di Masjid As-Salam di kompleks kedutaan itu.

Solat hajat itu diimamkan oleh Atase Agama di kedutaan tersebut, Abang Zainal Abidin Abang Ariffin.

Majlis itu berakhir dengan bacaan doa khusus untuk keselamatan sembilan rakyat Malaysia yang merupakan tiga pegawai kedutaaan dan ahli keluarga mereka yang tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara.

Malaysia sedang menghadapi ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lepas. — BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mOYdie

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.