“Lelaki Tidak Akan Faham Sakit Wanita”
Cuba nak lelap mata…teringat kisah pelanggan yang saya urut siang tadi. Datang dari golongan keluarga para medik. Kesemua ahli keluarga lelaki, ayah, abang, adik lelaki malah suami juga adalah ahli medik.
Anak paling bongsu sudah menjejak setahun. Anak no 3. Ketiga2 anak dia tidak pernah berpantang. Kerna. Tidak pernah tahu berpantang itu perlu selepas bersalin.
Tidak pernah makan ubatan herba. Kerna. Ayahnya berkata herba tidak valid utk kesihatan selepas bersalin. Tidak pernah berpantang makan. Makan apa yang daya dicapai. Kerna Tiada bukti saintifik mengatakan correlation atau hubungkait antara pantang makan dan kesihatan ibu selepas bersalin.
Jadi nak dijadikan cerita. Badan yang sudah hamil dan bersalin 3 kali itu mulai sakit2 sejak hujung tahun lepas.
Abang2 bising. Katanya badan dia tidak fit! Disuruh enroll gym. Dia menurut. Lagi bergegar badannya, kata dia.
Adik lelaki berkata dia tak amalkan pemakanan sihat. Makan segala supplemen. Sakit masih belum kebah.
Ayahnya mula pertikaikan. Mengapa kerap sakit2? Bukankah awak masih muda? Kata si ayah. Si anak terkebil2 tak mampu menjawab. Lalu ditelan ubat penahan sakit setiap kali ingin berdepan dengan si ayah.
Suami? Mula mendengus. Asyik sakit je yang? Bila nak sihat? Tersentuh jiwa isteri. Sakit dia bukan dibuat2.
Sakit si anak, bukan demam pening. Sakit si kakak sudah menular ke urat gagah wanita. Sakit si adik perempuan bukan calang2an. Sakit sang isteri sudah memakan kenikmatan rumahtangga.
Bermula setiap pagi, menjejak kaki adalah satu azab. Tapak kaki seakan dicucuk2 duri. Kemudian, menjalani solat fardhu terbatas dengan sakit lutut dan tumit yang menyukarkan posisi berdiri, sujud dan ruku’
Pinggang? Terasa menyucuk dan kdang kala kebas. Bila bersama rasa azab.
Sendi2 terasa di cucuk jarum. Terkena penghawa dingin rasa azab. Tetapi nak buat mcm mana…rumah fully air condition…terpaksalah menahan dalam keperitan.
Sakit wanita? Faraj sudah mula bermasalah. Keputihan, berbau, berlecak dan longgar. Menjadi titik mula kehambaran hubungan kelamin. Suami si doktor muda semakin segak. Si isteri mula menyepi di balik tirai dengan rasa rendah diri.
Lalu diam2 dia bawa lari kain batik arwah ibu, datang ke pusat rawatan. Minta diurut. Minta dirawat.
Mengadu cerita badan dah nak roboh.
Sampai satu tahap, lurutan saya tidaklah kuat mana tetapi disebabkan urat yang tenat, menangis menyesal tak jaga badan di dalam pantang. Urutan dan tuaman kami buat.
Penuh hati2. Agar urat tak demam bentan. Nak bagi akar herbanika, tengah berpuasa pula. Saya bekalkan uncang akar dan Phyto Natal. Mudah2an dia akur nak mula makan herba demi kesihatan dalaman yang sudah melunai.
Dia anak yatim yg membesar tanpa ibu. Kakak2 ipar tidak berani masuk campur bila keluarganya didominasi lelaki yang tidak faham dan tidak percaya aturan berpantang. Mak mentua punya nasihat, awal2 sudah ditapis suami.
Dan dia menadah dengan redha. Azab dan seksa badan yang dilumat cincang akibat tidak berjaga selepas bersalin.
Dan sebelum dia balik.
Dia hanya berkata.
“Lelaki tidak akan faham sakit wanita.”
Ada masa….
Ada tempatnya….
Biarlah wanita menentukan hal mereka tanpa pandangan lelaki. Selagi ia tidak melarikan akidah.
Wahai lelaki….
Tiada salah kami berjaga lebih.
Sihat kami, kegembiraan anda.
Kerna
Bila kami sakit
Anda tidak mampu mengubati hatta memahami
Biarlah kami mencegah.
Dari jadi parah.
Berpantang.
Hak Mutlak Wanita.
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment