Celcom Mencatatkan Pertumbuhan Pendapatan Dan Pengguna Pascabayar Pada Suku Keempat 2017
Celcom hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut mencatatkan pertumbuhan pendapatan suku keempat lepas daripada RM 1.50 bilion ke RM 1.52 bilion, dan ini merupakan pertumbuhan pendapatan sebanyak 1.4 peratus dari suku ketiga ke suku keempat. Secara tidak langsung, ini menjadikan pendapatan keseluruhan bagi Celcom untuk tahun 2016 sebanyak RM 2.26 bilion.
Syarikat telekomunikasi terkemuka ini mencatatkan pendapatan data sebanyak RM611 juta pada suku keempat, dan jumlah daripada suku tersebut sahaja menyumbang sebanyak 34 peratus daripada pendapatan data keseluruhan buat tahun 2016.
Pertumbuhan pendapatan ini dikatakan hasil dorongan pelan pascabayar yang dikemaskini oleh Celcom, termasuklah First Gold 80 dan First Platinum, yang dilihat meningkat sebanyak 3.2 peratus dari suku ketiga ke suku keempat 2016.
Menurut CEO Celcom, Michael Kuehner, pertumbuhan ini seiring dengan aktiviti penaiktarafan sistem telekomunikasi yang dilakukan oleh syarikat tersebut, dan penyelarasan pakej-pakej prabayar dan pascabayar untuk menyenangkan pengguna memilih pelan yang terbaik untuk kegunaan mereka.
Dalam pada itu, kami juga mendapat tahu bahawa Celcom juga bakal memperkenalkan pelan pascabayar baru pada masa yang terdekat, akan tetapi mereka masih belum memberi sebarang maklumat tentang pelan-pelan baru tersebut. Celcom dijangka membuat pengumuman mengenai pelan baru seawal esok.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lDpc35✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment