“Pesakit Kanser Dicerai Suami” – Ini Pengajaran Yang Boleh Kita Pelajari
Pasangan suami isteri diciptakan untuk saling lengkap dan melengkapi, saling bantu membantu dan paling penting, saling sayang menyayangi.
Ironi dengan sambutan Hari Wanita Seduni hari ini, jiwa ini terkesan dengan kisah seorang wanita yang ditinggalkan oleh suaminya hanya kerana tidak mahu bersama-sama mengharungi derita bersama wanita ini.
Kisah wanita Thailand yang dikenali sebagai Wiramon Inthaneth ini telah menjadi bualan hangat netizen dari seluruh dunia ini yang rata-ratanya memanggil bekas suami wanita ini sebagai lelaki yang kejam, dayus dan tidak berani untuk bertanggungjawab.
Bahtera rumah tangga yang dibina bertahun-tahun lamanya ditinggal dan dibiarkan begitu sahaja saat wanita ini disahkan menghidap kanser payudara tahap empat oleh pihak hospital pada enam bulan yang lalu.
Kekejaman bekas suaminya itu tidak berakhir begitu sahaja. Dia turut meninggalkan anak kandungnya bersama-sama wanita yang sedang tenat ini untuk membina kehidupan baru yang ‘lebih baik’ di luar sana.
Tidak dapat dibayangkan penderitaan yang perlu ditanggung oleh wanita yang boleh diibaratkan seperti kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga.
Sudahlah payudaraya dimakan sel-sel kanser, kini dirinya pula ditinggalkan oleh suami yang sepatutnya bersama-sama mengharungi saat-saat getir ini dan bukannya angkat kaki dan berlalu pergi.
“Hendaklah orang yang mampu, memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, hendaklah ia menafkahkan apa yang diberikan Allah kepadanya; Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar yang diberikan Allah kepadanya. Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” – Surah At Talaq, ayat 7
Antara peranan yang sepatutnya dimainkan oleh suami semasa isteri sedang sakit:
1. Jangan panik
2. Jaga makan minum isteri pola makannya
3. Bersihkan rumah
4. Cucikan pakaiannya
5. Tidur bersamanya
6. Hiburkan dirinya
7. Minta isteri anda untuk lebih banyak berehat
8. Pantau ubat-ubatanya
9. Berdoa bersama
10. Jangan segan untuk meminta pertolongan
Sedikit info mengenai kanser
Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.
Antara kanser-kanser utama
• Kanser Payudara
• Kanser Ovari
• Kanser Rahim
• Kanser Paru-paru
• Kanser Kolon
• Kanser Perut
• Kanser Pankreas
• Kanser Prostat
• Kanser Testis
Kanser adalah pembunuh ketiga tertinggi di Malaysia selepas serangan jantung dan kemalangan, malah bilangan penghidap penyakit itu juga meningkat setiap tahun.
Perunding Klinikal Onkologi, Institut Kanser Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Mastura Md Yusof, berkata secara amnya, ada pelbagai jenis kanser yang boleh membawa maut, tetapi paling lazim dalam kalangan wanita adalah kanser payudara dan serviks. Katanya, bagi lelaki pula adalah kanser paru-paru dan usus.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mB8Abl✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment