Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bengang Komputer Lembab Ketika Main Game, Lelaki Pukul Kepala, Simbah Air Kecing Kepada Pekerja Pusat Komputer - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bengang Komputer Lembab Ketika Main Game, Lelaki Pukul Kepala, Simbah Air Kecing Kepada Pekerja Pusat Komputer

Memang perasaan marah akan membuak-buak apabila komputer tiba-tiba sahaja menjadi lembab. Tetapi tidak perlulah menzahirkan perasaan itu sehingga menyebabkan orang lain menjadi mangsa.

Seorang pekerja pusat komputer di Bandar Heihe, wilayah Heilongjiang, China menjadi mangsa amarah seorang pemain game apabila lelaki itu bengang disebabkan komputer yang digunakan olehnya menjadi lembab ketika bermain game online.

Suspek berusia 19 tahun itu mula berperang mulut dengan pekerja terbabit dengan menyalahkan komputer yang digunakan menyebabkan ranking permainan onlinenya menjadi teruk.

Namun, apabila pekerja terbabit tidak mengendahkan cacian, suspek mula bermain fizikal.

Rakaman CCTV menunjukkan suspek melompat keluar dari tempat duduknya dan memukul kepala pekerja berkenaan berbelas-belas kali menggunakan botol air Coke.

Apa yang menakjubkan, pekerja tersebut langsung tidak melawan dan hanya menggunakan tangannya untuk bertahan.

Suspek kemudian berlari ke tandas, kencing ke dalam botol air Coke itu dan menyimbahnya ke muka pekerja terbabit.

Pekerja berkenaan tidak melawan balik dan hanya menghubungi polis selepas suspek keluar dari premis itu.

Suspek telah ditahan polis dan dihukum penjara 10 hari kerana tindakannya.

Sumber: Mirror

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mY8ADk

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.