Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bintang Rap Derma Lebih RM4 Juta Untuk Sekolah Di Chicago - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bintang Rap Derma Lebih RM4 Juta Untuk Sekolah Di Chicago

CHICAGO, Illinois – Penyanyi yang semakin popular, Chance the Rapper mendermakan wang AS$1 juta (RM4.4 juta) kepada beberapa buah sekolah di Chicago kelmarin.

Penyanyi lagu Coloring Book itu atau nama sebenarnya, Chancelor Bennett telah memenangi tiga Anugerah Grammy termasuk anugerah Artis Baharu Terbaik.

Dia mendapat perhatian selepas mengetengahkan masalah kekurangan pembiayaan yang dihadapi oleh sekolah-sekolah di Chicago, bandar ketiga paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS).


Pentadbiran Chicago sebelum ini mengeluarkan amaran bahawa sekolah-sekolah awam di bandar raya itu mungkin terpaksa ditutup pada 1 Jun depan, tiga minggu lebih awal daripada jadual ekoran kekurangan pembiayaan lebih AS$200 juta (RM889 juta).

“Ini bukannya mengenai politik atau pendirian, sebaliknya ia tentang menjaga kebajikan kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar di sebuah sekolah rendah di Chicago.

Penyanyi berusia 23 tahun itu yang berasal dari Chicago berkata, dia mendermakan AS$1 juta untuk menyokong program seni dan tidak berhasrat untuk menggantikan dana pentadbiran negeri.

“Saya dermakan cek ini sebagai gesaan untuk bertindak. Saya mencabar syarikat-syarikat utama dan perbadanan di Chicago dan seluruh AS untuk menderma dan mengambil tindakan,” katanya. – AFP

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ndHl3U

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.