Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isteri Itu Insan Istimewa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isteri Itu Insan Istimewa

Pendek je tajuk posting aku kali ni kan? Tapi pendek pendek macam ni lah yang paling kau orang goyang. Eleh, tak mengaku. Selalu orang cakap bukan takut bini tapi bini tak takut kita atau sayang bini punya hal.

Gila tak takut, bini kalau tekan mental suami bukan main main, boleh terangkat bontot. Lagi lagi bila suami buat hal. Bukan nak buat hal sangat pun, kekadang terbuat. Tergatal. Terkenyit. Terpandang. Tersentuh. Terngorat.

Bagi kita lelaki ni, buat hal macam mana sekalipun, isteri tiada tandingannya. Langsung tak ada. Yang mana tinggalkan atau abaikanisteri untuk orang ketiga atau orang luar, itu suami yang tongong.

Mana tak tongongnya, itulah wanita yang kau berhabis duit masa nak ngorat sampai lah kahwin. Wanita yang jaga makan pakai, sakit sihat dan melahirkan anak anak kau. Tetiba bila terjumpa orang lain, kau terus abaikan anak bini. Alahai tongongnya lah.

Kalau sampai kahwin lain tu berbaloi jugak, ini tak. Lepas tu kena tinggal. Buang duit, buang masa, buang tenaga dan buat lutut longgar je. Sebab tu kena takut bini. Bukan takut bini bermaksud tunduk depan bini, dengar cakap bini 100%, kau tu lelaki sebagai pemimpin. Bukannya dipimpin.

Maksud takut bini tu ialah takut bini hilang. Takut bini merajuk. Takut binisakit hati. Sebab apa kena takut? Sebab kau akan menyusahkan diri dan pergerakkan kau sendiri. Bini ni bila dia rasa yang kau tipu atau buat hal, dia akan bertukar jadi orang yang sangat detail. Umpamanya habuk kat atas bumbung dan dalam tangki air pun dia boleh kesan. Punyalah hebat.

Banyakkan berbincang dan berkomunikasi selalu. Bila dah seminggu dua kurang bercakap, kurang bemesra, percayalah satu hari nanti semua itu akan berterusan dan mengakibatkan perpisahan. Nak bina balik susah. Sangat susah. Nak runtuhkan, semudah kau petik jari.

Aku tak pernah suka berkawan atau kenal orang yang suka maki, pukul, dan keras kat bini dia terutamanya yang tak reti menjaga maruah dan aib bini. Tak kisah kau siapa tapi kalau kau orang tu, memang aku tak mengaku kawan aku. Sibuk cakap pasal maruah kau sebagai lelaki tapi maruah isteri kau injak injakkan.

Bini merajuk sebab perlukan perhatian. Bini marah sebab dia tak nak kau terleka. Bini membebel sebab dia nak meluahkan. Bini soal sebab dia nak tahu insan dunia akhirat dia berlaku jujur. Bini menangis sebab dia sayangkan hubungan dan rumah tangga yang dibina.

Isteri itu insan istimewa. Kalau menyiasat bagaikan dewa. Tapi dari dulu hingga kini, kaulah lelaki yang dipuja puja. Setiap saat takkan habis teruja. Kekal setia walau badai melanda.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mAZtYa

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.