Lebih 30 Terbunuh Dalam Serangan Di Hospital Tentera Di Kabul
KABUL: Lebih 30 terbunuh dan 50 lagi cedera dalam serangan di sebuah hospital tentera di Kabul pada Rabu.
Serangan yang didalangi kumpulan militan Daish itu dilapor dilakukan oleh tiga lelaki berpakaian seperti pasukan perubatan dan bersenjatakan senjata automatik juga bom tangan yang menyerbu hospital berkenaan.
Sementara itu, lapor Reuters, seorang pengebom bunuh diri pula telah meletupkan dirinya di belakang Hospital Sardar Mohammad Daud Khan.
Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan, Dawlat Waziri, serangan itu berakhir apabila pasukan keselamatan berjaya menembak mati ketiga-tiga lelaki berkenaan.
Mangsa yang terbunuh dan cedera termasuk doktor, pesakit dan kakitangan hospital.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2new2YX✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment