Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu RUU355: MCA Dakwa Lim Kit Siang Main Kotor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu RUU355: MCA Dakwa Lim Kit Siang Main Kotor

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang menggunakan taktik kotor dalam isu melibatkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) RUU355 untuk menjerat parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Tegasnya, DAP sepatutnya menjelaskan pendirian sebenar kepada orang Melayu sebelum mendesak MCA berbuat perkara sama.

“Dia (Kit Siang) telah gunakan taktik seolah-olah rakyat diperkotak-katikkan. Kit Siang main taktik kotor. Sampai esok, sampai kiamat dia akan hentam MCA. Siapa yang mulakan ini?

“Dulu dia cakap UMNO zalim, PAS tidak berubah. Macam-macam cakap. Kenapa nak sangat bantah MCA?” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Beliau menegaskan taktik kotor dimainkan Kit Siang hanya bermatlamat memburukkan MCA walaupun parti DAP itu sendiri tiada kesepakatan dalam pakatan pembangkang.

“Kenapa pendirian kamu tidak diperjelaskan kepada masyarakat Melayu. Terus-terang kalau tidak ada persefahaman antara pakatan. Biar jujur. Jangan cari and bantai MCA. Guna taktik untuk mengaburi mata rakyat,” ujarnya lagi.

Tegasnya, pendirian MCA berhubung RUU355 adalah sama seperti yang pernah dinyatakan presiden parti itu sebelum ini.

“Presiden MCA sebelum ini dengan lantang dan jelas mengatakan pendirian sama. Saya tidak perlu lagi ulang. Jika kandungan (RUU355) adalah sama, maka pendirian MCA juga kekal sama,” jelasnya.

RUU355 dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dibacakan buat kali kedua pada November lalu bagi memasukkan beberapa pindaan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mkTKoR

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.