Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Video) Doktor Di Brazil Gunakan Kulit Ikan Tilapia Untuk Rawat Luka Kebakaran Teruk, Kesan Penyembuhan Menakjubkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Video) Doktor Di Brazil Gunakan Kulit Ikan Tilapia Untuk Rawat Luka Kebakaran Teruk, Kesan Penyembuhan Menakjubkan

Fortaleza (Brazil): Doktor di sini sedang giat untuk menguji penggunaan kulit ikan tilapia sebagai pembalut untuk merawat luka terbakar tahap kedua dan ketiga.

Menurut mereka, walaupun sudah banyak negara maju menggunakan kulit haiwan dalam rawatan kebakarna, Brazil tidak mempunyai kulit manusia atau pilihan alternatif seperti yang senang didapati di Amerika Syarikat melainakan ikan tilapia yang begitu banyak diternak di negara itu dimana sebelum ini kulit ikan tilapia dianggap sebagai sampah.

Pakar bedah plastik dan pakar rawatan kebakaran, Dr Edmar Maciel yang mengetuai ujian klinikal bagi penggunaan kulit tilapia ini berkatan, Brazil hanya mempunyia tiga bank kulit yang dapat menampung satu peratus daripada permintaan negara itu.

Kerana ini, kebanyakan pesakit kebakaran akan hanya dirawat dengan pembalut kasa dan krim sulfadiazine perak, ini menyebabkan pebalut itu perlu ditukar setiap hari sehingga membuatkan pesakit terpaksa menahan kesakitan.

“Tidak seperti pembalut kasa, kulit tilapia yang disterilkan tidak perlu ditukar hari-hari, kami terkejut apabila mendapati jumlah protein kolagen terutamanya jenis 1 dan 3 yang penting untuk pembentukan parut didapati dalam jumlah banyak dalam kulit tilapia dan lebih banyak berbanding kulit manusia atau kulit lain.


“Faktor lain yang ditemui adalah tahap ketegangan kulit tilapia lebih tinggi berbanding kulit manusia selain jumlah kelembapan,” kata Maciel.

Bagi pesakit yang mengalami kesan terbakar superfisial darjah kedua, doktor hanya perlu meletak kulit tilapia dan meninggalkannya sehingga parut terbentuk dan bagi luka terbakar tahap ketiga pula, pembalut tilapia perlu ditukar beberapa kali namun tidak sekerap penggunaan pembalut kaza dan krim.

Rawatan tilapia juga mengurangkan masa pemulihan dan penggunaan ubat tahan sakit, kata Maciel.

Antonio dos Santos seorang nelayan telah bersetuju melakukan ujian klinikan rawatan tilapia terhadapnya selepas tangan kanannya terbakar akibat letupan tong gas di botnya.

“Selepas mereka meletakkan kulit tilapia, rasa sakit berkurangan. Memang menarik rawatan seperti ini dapat dilakukan,” katanya.

Kelompok awal kulit tilapia dikaji dan disediakan oleh kumpulan penyelidik di Federal University of Ceara.

Juruteknik makmal menggunakan pelbagai agen pensteril seblum menghantarnya ke Sao Paolo untuk proses radiasi bagi membunuh virus yang kemudian dibungkus dan dibekukan.

Selepas dibersihkan dan dirawat, ia dapat bertahan selama dua tahun. – Siakapkeli.my

Sumber: wereblog

[embedded content]
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mkCQqr

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.