Hi! Welcome Back and Stay Tune! BR1M: Wanita Di Pahang Dibantu Proses Rayuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BR1M: Wanita Di Pahang Dibantu Proses Rayuan

Spread the love

KUANTAN – Usahawan wanita di Pahang, termasuk ibu tunggal yang berniaga kecil-kecilan tetapi gagal mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana status ‘Tidak Lulus’ atas alasan tertentu, akan dibantu dalam proses mengemukakan rayuan permohonan bantuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pembangunan Wanita sedia memberi khidmat nasihat kepada mereka yang menghadapi sebarang kekeliruan mengenai permohonan rayuan berkenaan.

“Sebenarnya tidak ada masalah pun dan tidak susah sebenarnya untuk membuat rayuan ini, pergi ke LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) sahaja setelah (tempoh) rayuan dibuka.

“Tetapi sekiranya mereka mahukan sebarang nasihat daripada pihak kita, kita sedia membantu mereka, terutama ibu tunggal yang berniaga kecil-kecilan ramai
mengadu kepada saya…jikalau memerlukan pengesahan bagi mana-mana ibu tunggal, kita bersedia keluarkan pengesahan mengatakan dia ibu tunggal yang berniaga kecil-kecilan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Wanita Antarabangsa Lynas di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Lynas Amanda Lacaze.

Shahaniza berkata Kerajaan Negeri sentiasa berusaha membantu golongan wanita di negeri ini dalam pelbagai aspek untuk memajukan golongan itu selaras dengan arus perdana pembangunan negara. – BERNAMA

[embedded content]


Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ndEfN9

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.