Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jalan Kaki Mampu Sumbang Emas – Jurulatih - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jalan Kaki Mampu Sumbang Emas – Jurulatih

JURULATIH jalan kaki program Kita Juara, Teoh Boon Lim pada sidang media Kita Juara di CASA, Majlis Sukan Negara (MSN). – Foto Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Skuad olahraga negara optimis atlet jalan kaki lelaki negara mampu menjadi penyumbang pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang dijadual bermula Ogos ini.

Bagi sukan ini, dua atlet lelaki – Lo Choon Sieng dan Muhammad Khairil Harith Harun – dilihat mampu melakukannya.

Choon Sieng adalah pemenang emas acara 20 kilometer (km) di Sukan SEA Indonesia 2011 manakala Muhammad Khairil gangsa pada acara sama di Singapura 2015.

Jurulatih kebangsaan, Teoh Boon Lim, berkata dia yakin kemampuan kedua-dua atlet itu memandangkan masing-masing mempunyai pengalaman, selain mendapat sokongan berterusan daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

“Kita meletakkan mereka (Choon Sieng dan Muhammad Khairil) sebagai sandaran kerana masing-masing mempunyai pengalaman, sesiapa saja boleh menang namun ia bergantung kepada keadaan dan kondisi ketika kejohanan berlangsung.

“Bagi saya, tidak ada masalah buat jalan kaki untuk menjadi penyumbang pingat emas kerana kita adalah tuan rumah, sesuai dengan keadaan cuaca dan jalan kaki adalah sukan yang sentiasa menyumbangkan pingat emas sebelum ini.

“Kita menyumbangkan sembilan pingat emas (1995-2011) secara berterusan dan hanya kalah dua kali saja (2013-tiada pingat; 2015-gangsa), jadi saya harap atlet Malaysia dapat meraihnya kembali di laman sendiri,” kata Boon Lim pada sidang media di Casa 1, MSN dekat sini, hari ini.

Mengulas mengenai persiapan atlet, Boon Lim yang juga bekas atlet kebangsaan berkata pihaknya memilih untuk mengadakan latihan di Cameron Highlands, Pahang memandangkan cuacanya yang sejuk dan membolehkan atlet negara cepat menyesuaikan diri.

“Atlet akan berlatih di Cameron Highlands di mana tempat itu sejuk dan sesuai untuk atlet kita, apatah lagi Sukan SEA akan berlangsung di negara ini.

“Jika ada berlaku kecederaan, kita boleh segera membawa mereka menjalani rawatan di ISN, segera pulih, dapat berlatih dengan jarak yang lebih jauh serta tidak begitu sibuk berbanding di Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Boon Lim memaklumkan atlet negara mempunyai dua kejohanan antarabangsa sebagai persiapan ke Sukan SEA iaitu Kejohanan Jalan Kaki Asia 20km di Jepun pada 19 Mac ini serta Kejohanan Jalan Kaki De La Coruna, Sepanyol pada Mei, selain dua kejohanan peringkat kebangsaan.

Sementara itu, pengurus pasukan olahraga, Datuk Salim Parlan berharap sukan olahraga dapat kembali ke zaman kegemilangan seperti suatu ketika dulu, sekali gus menyeru agar rakyat di negara di dapat memeriahkan Stadium Nasional Bukit Jalil ketika acara berlangsung.

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dijadual bermula pada 19 dan tamat pada 31 Ogos depan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lXvLZH

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.