Hi! Welcome Back and Stay Tune! Regalia @ Sultan Ismail – Kediaman mewah dan moden di tengah bandar Kuala Lumpur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Regalia @ Sultan Ismail – Kediaman mewah dan moden di tengah bandar Kuala Lumpur

Hari ni Tok nak  buat review satu projek hartanah eksklusif di tengah bandar Kuala Lumpur.

Nama projek ini Regalia, atau Regalia @ Sultan Ismail, merupakan kediaman servis mewah yang dibangunkan Mayland.

Yang pasti, korang tak perlu jalan jauh. Lokasi Regalia hanya beberapa minit dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Jemput hadamkan apa yang Tok kongsi info dekat Propwall untuk korang.

Stail seni bina yang buat anda senang ‘cair’

Serius. Kalau korang jenis suka gaya hidup moden dan mewah, Regalia adalah pilihan terbaik korang kerana ada keseimbangan ruang dan fungsi dalaman.

Belum masuk bab rekaan lagi. Korang mesti lagi cair dan confirm bemrinat nak beli punya.

Setiap unit Regalia dibina dan direka secara artistik penuh dengan reka bentuk eksklusif.

Ada 3 jenis pangsapuri ala butik iaitu:

  • Madison @ Regalia, ciri bangunan kosmopolitan mewah,
  • Melrose @ Regalia, seni bina santai moden,
  • Milan @ Regalia, penuh keanggunan seni.

Berenang sambil tengok pemandangan

Banyak kemudahan yang Regalia tawarkan dekat korang. Salah satunya, perkhidmatan seperti hotel 5 bintang sambil menikmati view bandar Kuala Lumpur.

Kolang renang pulak terletak pada level 38, boleh nampak pemandangan satu KL. Lagi syok waktu malam, korang bolekg berenang sambil tengok bintang dan lampu bergemalapan.

Kalau ada yang gayat dengan ketinggian, jangan risau. Dorang ada sediakan kolam renang rekreasi dekat tingkat 5. Boleh korang berendam lama-lama dengan family, siap bawa anak-anak sekali.

Tak terkecuali, sauna dan jakuzi bagi mereka yang nak hilangkan penat dan lelah selepas sehari suntuk bekerja.

Apa macam. Terpikat tak dengan fasiliti Regalia ni?

Mak bapak sibuk bekerja, anak terjaga

Bagi parent bekerjaya, Regalia menyediakan kemudahan nurseri supaya ibu bapa tak perlu risau akan keselamatan anak mereka.

Selain kakitangan profesional dan terlatih, mereka menitik beratkan kepentingan ibu bapa dan kanak-kanak dalam jagaan.

Lebih menarik, nurseri itu menyediakan forest garden untuk kanak-kanak bermain sambil belajar.

Ibu bapa tak perlu risau akan perkembangan minda anak mereka, dengan adanya semua ini di Regalia.

Ada tukang hantar – Anda nak ke mana?

Selain perkhidmatan yang di atas, Regalia @ Sultan Ismail turut sediakan khidmat hantar penumpang sampai depan pintu.

Wah, tak sangka kan. Khidmat Prestige Chauffeuring ini ada sediakan beberapa jenis kereta.

Korang boleh pilih mana-mana kereta yang berkenan, dan pemandu akan hantar ke destinasi dengan penuh bergaya.

Best giler kalau ada orang hantar Tok pergi mana saja. Tak payah dah tempuh traffic jam lagi. Betul tak?

Semua benda jauh hanya sekangkang kera

Dah nama tinggal dekat bandar, jadi segalanya perlu dekat dengan hot spot seperti pusat beli belah.

Dengan jalan kaki, korang boleh mencari barang dalam The Mall. Dekat situ semua jenis barang yang korang nak ada.

Dari barang basah  ke pakaian, apa yang korang mahu tak payah jalan jauh. Senang kan?

Kalau nak ke Regalia pulak, korang boleh jalan terus ke Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Putra.

Nak lagi senang, kemudahan awam pun ada. Korang jugak boleh jalan kaki ke Komuter Putra, LRT PWTC, dan LRT Sultan Ismail.

Korang tak perlu bimbang kalau nak gerak ke mana saja, kawasan itu memang banyak kemudahan. Tak nak jalan kaki, korang boleh jugak pakai servis Grabcar atau Uber.

Apa yang anda perlu tahu tentang Regalia?

  • Nama: Regalia (Regalia @ Sultan Ismail)
  • Alamat: Off Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
  • Pemaju: Mayland
  • Tarikh siap: Q3 2012
  • Jenis: Kediaman Servis
  • Bilangan Unit: 1,033
  • Keluasan Tanah: 2.5 ekar
  • Built-up area (Keluasan binaan): 500 – 10,000 kaki persegi
  • Yuran Penyelenggaraan: RM0.33 kaki persegi
  • Harga Pelancaran: RM500 – RM600 kaki persegi

Berapa banyak jenis unit yang ada dekat Regalia?

  • Jenis A6: 515 kaki persegi
  • Jenis B2: 560 kaki persegi
  • Jenis B8: 740 kaki persegi
  • Jenis C3: 890 kaki persegi
  • Jenis C5: 924 kaki persegi
  • Jenis D2: 1,240 kaki persegi
  • Jenis D9: 1,290 kaki persegi
  • Jenis E2: 1,811 kaki persegi
  • Jenis E6: 1,870 kaki persegi

Apa kemudahan yang anda boleh dapat di Regalia?

  • Bilik CCTV
  • Bilik majlis
  • Pengemas rumah
  • Surau
  • Gelanggang Skuasy
  • Bistro & bar
  • Pusat WiFi
  • Gim
  • Bilik permainan
  • Taman Tropika
  • Kolam renang
  • Kolam infiniti
  • Taman atas bumbung
  • Sky lounge
  • Nurseri
  • Taman permainan

—-

Bukan main panjang lebar Tok dah cerita ni. Kalau korang jenis yang suka rumah moden dan mewah, tak salah beli unit Regalia ni.

Berminat dengan fasiliti dan kemudahan yang ada? Korang boleh Google Regalia @ Sultan Ismail atau Mayland untuk info lanjut sekarang.

Tok suka sangat apa yang dorang tawar. Kalau bajet korang cukup, apa salahnya beli?

The post Regalia @ Sultan Ismail – Kediaman mewah dan moden di tengah bandar Kuala Lumpur appeared first on GilaHartanah.com.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n4LJD1



✍ Sumber : ☕ GilaHartanah.com


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.