Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bantu Majukan Dunia Inklusif Wanita – Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bantu Majukan Dunia Inklusif Wanita – Najib

Spread the love

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa orang ramai supaya membantu memajukan lagi dunia inklusif gender dalam lingkungan pengaruh masing-masing.

Dengan Malaysia bergerak menuju 2020, beliau berkata adalah menjadi impiannya untuk melihat wanita menjadi rakan kongsi dan pemacu pertumbuhan yang sama.

“Untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi bagi lelaki, kita perlu mencabar sikap berat sebelah dan ketidaksamaan gender, mengadakan kempen menentang keganasan, membentuk kemajuan wanita, meraikan pencapaian wanita dan memperjuangkan hak-hak wanita bagi mendapatkan pendidikan yang sama,”kata Najib dalam entri terbaharu blog beliau najibrazak.com.

Bagi merealisasikan perkara itu, Najib berkata semua pihak termasuk lelaki perlu melibatkan diri dan memainkan peranan mereka.

“Saya mahu semua, terutamanya lelaki untuk #BeBoldForChange. Kemudian dan hanya selepas itu, barulah lelaki dan wanita boleh menjadi rakan kongsi yang sama,”kata Najib.

Perdana menteri dalam perutusannya juga dengan bangganya menyatakan bahawa Malaysia telah mencapai wawasannya untuk mempunyai 30 peratus wanita menyandang jawatan pembuat keputusan dalam sektor awam pada 2016.

“Saya berbangga bahawa di Malaysia, wanita telah mencapai banyak kemajuan di mana pada Ogos 2015, kita mempunyai 37 peratus wanita menyandang jawatan pembuat keputusan dalam sektor awam.

“Apabila wanita berjaya, kita semua mencipta kegemilangan bersama. Selamat Hari Wanita Antarabangsa buat semua!”kata Najib.

Hari Wanita Antarabangsa, yang sebelum ini dikenali sebagai Hari Pekerja Wanita, disambut pada setiap 8 Mac dan tema tahun ini ialah #BeBoldForChange. – BERNAMA

[embedded content]


Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mB3fke

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.