Hi! Welcome Back and Stay Tune! Krisis Malaysia-Korea Utara Dalam Fasa Ketegangan, Bukan Perang – Penganalisis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Krisis Malaysia-Korea Utara Dalam Fasa Ketegangan, Bukan Perang – Penganalisis

KUALA LUMPUR: Penyelesaian krisis diplomasi di antara Malaysia dan rejim komunis Korea Utara yang kian memuncak sejak semalam tidak perlu berpandukan Konvensyen Geneva.

Penganalisis Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Azizuddin Mohd Sani menegaskan Kuala Lumpur-Pyongyang bukan dalam fasa peperangan, sebaliknya hanya diselubungi ketegangan.

“Konvensyen Geneva hanya diguna pakai apabila peperangan atau konflik bersenjata.

“Dalam krisis Malaysia-Korea Utara, pelbagai peraturan dan undang-undang antarabangsa lain di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah menggariskan rangka-rangka khusus penyelesaian,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI petang tadi.

Pada masa sama, Azizuddin tidak menolak pendapat bahawa krisis boleh diredakan dengan penglibatan orang tengah.

Namun, ia memerlukan orang tengah yang benar-benar dipercayai dan dipersetujui oleh kedua-dua negara.

“Ya, memang ramai melihat China mampu berperanan sebagai orang tengah kerana hubungan baik dengan Malaysia dan Korea Utara.

“Tetapi, kedua-dua negara perlu selesa dengan negara yang ingin berperanan sebagai orang tengah,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lXqjFX

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.