Cara Membuat Permohonan Rayuan BR1M 2017
ADAKAH anda telah membuat semakan status permohonan BR1M 2017 tetapi gagal? Difahamkan hampir 6 juta pemohon diluluskan permohonan BR1M 2017 kali ini. Tetapi, bagaimana cara untuk membuat permohonan rayuan BR1M 2017? Untuk makluman anda, pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017 yang ditolak permohonan boleh mengemukakan rayuan mulai 3 April 2017 selewat-lewatnya hingga 31 Mei ini.
Cara Membuat Permohonan Rayuan BR1M 2017
Bagi pemohon yang ditolak permohonan anda hanya boleh kemukakan rayuan secara manual iaitu dengan mengisi borang. Borang berkenaan boleh dimuat turun melalui http://ift.tt/2n5KSC7
Tarikh Buka Rayuan: 3 April 2017
Tarikh Tutup Rayuan: 31 Mei 2017
Tempat Hantar Borang Rayuan: Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.
Borang Rayuan BR1M 2017
Pemohon boleh dapatkan borang rayuan dengan memuat turun secara dalam talian melalui http://ift.tt/2n5KSC7
Dokumen Wajib Dibawa Rayuan BR1M 2017
Berikut adalah salinan dokumen yang perlu dikemukakan bagi yang mempunyai tanggungan seperti:
i. Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa Tunggal) atau bagi Ibu / Bapa tanggungan (jika status perkahwinan bujang).
ii. Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / Bapa tanggungan (jika status perkahwinan bujang)
iii. Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon
iv. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan.
Semoga bermanfaat untuk anda!
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mFuISr✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment