Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Politikkan Isu Malaysia-Korea Utara – Zambry - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Politikkan Isu Malaysia-Korea Utara – Zambry

Spread the love

PARIT – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan isu ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Korea Utara.

Beliau berkata sebagai warganegara Malaysia mereka perlu memberi sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangani isu berkenaan seterusnya mencari jalan penyelesaian.

“Saya berharap semua pihak tidak bermain dengan isu sebegini kerana isu yang bersifat antarabangsa sewajarnya kita perlu memberikan sokongan kepada dasar-dasar luar negara.

“Perak menyokong pendirian diumumkan perdana menteri kerana ia membabitkan hubungan diplomatik dan dari segi hubungan antara kedua-dua negara, ia belum terputus secara rasminya dan kita yakin kemampuan perdana menteri sebagai anggota diplomat yang hebat,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Keselamatan Mini Karnival Teras Keselamatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang Kiri di sini hari ini bersempena Program Permukiman Menteri Besar Perak.

Pyongyang dilaporkan bertindak menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara bagi memastikan keselamatan anggota diplomat dan rakyatnya yang berada di Malaysia.

Ini susulan Malaysia mengusir Duta Besar Korea Utara Kang Chol kerana membuat tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap Kuala Lumpur berhubung siasatan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Chol yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, pada 13 Feb lepas. – BERNAMA

[embedded content]


Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m21RUY

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.