Hi! Welcome Back and Stay Tune! Memang Betul Syurga Isteri Di Bawah Tapak Kaki Suami, Tetapi Pernah Tak Suami… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Memang Betul Syurga Isteri Di Bawah Tapak Kaki Suami, Tetapi Pernah Tak Suami…

Nasihat pada suami. Cuba fikir balik, selama dalam pantang sehingga baby usia setahun, ada tak :

1. Suami bantu isteri uruskan bayi? Tolong mandikan? Tolong buat susu? Tolong basuhkan beraknya?
2. Suami bantu uruskan kerja rumah? Kemas rumah? Sapu sampah? Buang sampah? Basuh baju? Sidai baju? Lipat baju?
3. Suami faham kesakitan bersalin isteri? Isteri bukan hanya sakit semasa bersalin, tetapi lepas bersalin dia lebih sakit, jahitannya masih merah, kadang kala berlaku buasir dan membengkak?.. suami faham tak kesakitan tu?
4. Suami yang jaga perasan isteri? Belum habis pantang, suami sudah keluar lepak dengan kawan-kawan
5. Suami uruskan anak-anak yang lain. Mandikan mereka tak? Pakaikan baju untuk mereka tak? Bawa anak berjalan-jalan tak? Ajar mengaji tak? Ajar solat tak?
6. Suami sedar isterinya murung dalam pantang? Ada bawa pergi jumpa pakar tak? Ada pergi berubat tak? Ada buat sesuatu yg mengembirakan tak?

Cuba periksa semula wahai suami. Memang betul syurga isteri adalah di bawah telapak kaki suami, kerana itu Allah telah memberi keistimewaan kepada wanita untuk mengandung dan menanggung sakitnya bersalin, kerana selepas itu Allah berikan tanggungjawab 1 hingga 6 kepada suami supaya dengan terlaksanya tanggungjawab ini, maka wanita tersebut tidak terasa akan sakit dan peritnya bersalin.

Akan tetapi jika wanita tersebut menanggung sakitnya bersalin dan terpaksa menanggung pula tanggungjawab 1 hingga 6 tersebut, maka sakitnya akan bertambah, menular hingga ke hati, peritnya hingga ke tulang dan otaknya tidak dapat berfungsi dengan jelas.

Wahai suami, jangan sekali-kali kau katakan wanita lain ok ja bersalin, tak meroyan pun kerana kau tidak tahu betapa dia menyembunyikan kesakitan dan keperitannya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mY4viG

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.