Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mourinho Kritik Padang Teruk Di Rostov - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mourinho Kritik Padang Teruk Di Rostov

JOSE Mourinho. – Foto Reuters

ROSTOV-on DON (Russia): Jose Mourinho membidas keadaan padang di Rostov ketika Manchester United berkunjung ke sana untuk menghadapi pertembungan Liga Europa dan mempersoalkan sama ada perlawanan patut diteruskan atau tidak.

“Sukar untuk saya percaya, (jika) kami akan terus beraksi,” kata Mourinho ketika sidang media di Rostov sebelum menghadapi saingan peringkat 16 terbaik, awal pagi Jumaat ini.

“Saya tahu, kami mesti (beraksi), tetapi terlalu sukar untuk saya percaya kami akan beraksi di padang itu… itupun jika ia layak dipanggil padang.”

Mourinho membandingkan keadaan dan kerosakan padang di stadium Olimp-2 di Rostov dengan permukaan padang di Stadium Olimpik Beijing ketika Manchester United dan City enggan mengadakan perlawanan pra musim di sana tahun lalu.

“Saya tidak tahu pasukan mana akan beraksi (di sini),” katanya.

“Sekarang, saya perlu fikirkan banyak perkara kerana saya menjangkakan ia lebih kepada sesuatu yang tidak layak… tidak layak untuk aksi bola sepak.

“Ia hampir sama ketika di China, saya dan Manchester City memutuskan untuk tidak beraksi, tetapi di sini, ia lebih kepada kami terpaksa bermain.”

Katanya, dia sudah menyuarakan kebimbangan mengenai risiko keadaan padang itu kepada pegawai UEFA tetapi tidak diendahkan.

“Tiada sesiapa menghubungi saya setakat ini. Saya ada katakan perkara ini kepada pegawai UEFA ketika saya meninjau keadaan padang.

“Apabila saya suarakan pandangan, mereka katakan semua pemain diberi perlindungan, tiada masalah jika sesuatu berlaku,” katanya. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lXZly7

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.