Hi! Welcome Back and Stay Tune! Laporan 6,000 Pensyarah Diberhentikan Tidak Benar – Idris - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Laporan 6,000 Pensyarah Diberhentikan Tidak Benar – Idris

BESUT: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyangkal dakwaan kononnya 6,000 pensyarah telah diberhentikan ekoran kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan sejak tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata dalam tempoh lima tahun lalu, hanya 2,000 pensyarah ditamatkan perkhidmatan mengikut proses biasa, antaranya kerana gagal mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI), selain bersara pada usia 60 tahun.

Menurut Idris, laporan akhbar itu tidak tepat dan mengelirukan, lantas menimbulkan persepsi negatif terhadap kewibawaan kerajaan.

“Kalau dikatakan bahawa ia berlaku kerana kerajaan tidak ada duit,  ia bukan hanya berlaku tahun lalu. Angka 2,000 yang saya sebut itu sejak lima tahun yang lalu.

“Jadi saya mohon kepada akhbar dan lain lain, apabila buat laporan, jangan memeranjatkan rakyat. Semak dahulu sebelum keluar muka depan. Kerana apabila tidak betul, ia memberi satu konotasi yang tidak baik kepada rakyat,” kata Idris.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan yang mendakwa Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) memaklumkan  hampir 6,000 pensyarah termasuk bertaraf profesor, berhenti dan ditamatkan kontrak akibat kekangan kewangan sejak tahun lalu.

Menurutnya, angka berkenaan juga tidak mengambil kira kemasukan pensyarah baharu.

Berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan Tinggi, terdapat lebih 32,000 pensyarah berkhidmat di universiti awam (UA) di seluruh negara.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis pelancaran Unisza Digital Hub di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Kampus Besut di sini.

Unisza Digital Hub menggunakan pendekatan quadruple helix (lingkaran empat) dengan pendekatan kerjasama empat penjuru di antara universiti, kerajaan, industri dan komuniti setempat.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mADf8Q

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.