GPMS Yakin Najib Mampu Tangani Krisis Korea Utara
Spread the love
KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) melahirkan keyakinan penuh ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan krisis diplomatik dengan kerajaan Korea Utara.
Presidennya, Zambri Mohd. Isa berkata, GPMS yakin Perdana Menteri mampu melakukan yang terbaik berdasarkan kemampuannya mengendalikan beberapa isu besar sebelum ini seperti peristiwa MH370, MH17 serta pencerobohan Lahad Datu.
“GPMS menyakini dan mendokong sepenuhnya apa jua usaha yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri dalam menyelesaikan krisis dan ketegangan ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Zambri seterusnya berkata, GPMS menyeru supaya Parlimen menyokong dan memberi mandat penuh kepada Perdana Menteri dalam mengendalikan isu krisis Malaysia-Korea Utara.
Menurut beliau, usul itu penting untuk diluluskan sebulat suara kerana disaat genting seperti ini seluruh rakyat Malaysia mesti bersolidariti dan berdiri teguh bersama-sama kepimpinan negara.
“Kita perlu memastikan negara terus berada dalam keadaan selamat disamping kedaulatan negara tidak tergugat.
“GPMS juga menyeru umat Islam mengadakan solat hajat memohon kepada Allah S.W.T agar Perdana Menteri diberi kekuatan menyelesaikan krisis ini tanpa pertumpahan darah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment