Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perempuan Simpanan Bunuh Teman Lelaki & Isterinya Sebelum Melemaskan 2 Anak Mereka Dalam Bilik Mandi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perempuan Simpanan Bunuh Teman Lelaki & Isterinya Sebelum Melemaskan 2 Anak Mereka Dalam Bilik Mandi

REPUBLIK TUVA – Seorang wanita tergamak membunuh teman lelaki dan isterinya sebelum melemaskan dua anak pasangan itu dalam bilik mandi, lapor Mirror. 
Ruzanna Shvarts, 25, mengaku telah menikam Vladislav Saaya dan isterinya, Lilia, yang masing-masing berusia 35 tahun. 
Wanita itu juga mengaku telah melemaskan tiga anak perempuan pasangan berkenaan, Darima, 6, dan Aisel, 4, di dalam bilik mandi sebelum membakar kediaman keluarga itu di Ak-Dovurak bagi pembunuhan itu. 
Ketika kejadian itu berlaku, anak sulung pasangan itu, Aiza, 12, tiada di tempat kejadian dan serta merta menjadi anak yatim piatu ekoran tragedi tersebut. 
Polis sedang menyiasat sama ada kakak kepada suspek, Shvarts, jika terlibat dalam kes pembunuhan itu. 
Aiza, 12, Aisel, 4, Darimaa, 6 | Foto – The Siberian Times
Lilia, 35 | Foto – The Siberian Times
Vladislav Saaya, 35 | Foto – The Siberian Times
“Ruzanna adalah kekasih Vladislav dan telah datang ke rumah lelaki itu bersama kakaknya, kononnya mahu menziarahi kekasihnya. 
“Ketika mereka sedang asyik meminum alkohol, isteri Vladislav, Lilia, bersama dua orang anaknya pulang ke rumah, menyebabkan Lilia mula bertelagah dengan Ruzanna sebelum pergaduhan tercetus. 
“Kakak Ruzanna, Melina, dalam keterangannya menegaskan bahawa pada waktu insiden itu berlaku dia telah meninggalkan kediaman teman lelaki adiknya itu. Namun apabila dia kembali, adiknya telah membunuh pasangan berkenaan dan dua anak mereka,” katanya. 
Menurut kenalan keluarga mangsa, dia terkejut apabila mendapat tahu yang lelaki itu mempunyai perempuan simpanan.
“Dia graduate dari universiti dan bekerja sebagai pakar ekonomi manakala isterinya pula sebagai akauntan dan pengurus di sebuah gudang. 
“Saya masih tak faham bagaimana kejadian ini boleh berlaku,” katanya. 
Seorang rakan suspek pula menyatakan bahawa suspek merupakan seorang wanita yang cantik dan berasal dari keluarga yang baik-baik serta mempunyai anak lelaki berusia tiga tahun. Namun tidak dapat dipastikan jika lelaki yang dibunuh Ruzanna itu adalah bapa kepada anaknya. – The Reporter

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lYm65b

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.