Hi! Welcome Back and Stay Tune! Qualcomm Akan Menggunakan Jenama Snapdragon Untuk Peranti Premium Sahaja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Qualcomm Akan Menggunakan Jenama Snapdragon Untuk Peranti Premium Sahaja

Qualcomm hari ini mengumumkan beberapa perubahan dari segi penjenamaan mereka, dimana yang utamanya adalah kini mereka tidak lagi ingin memanggil Snapdragon sebagai cip pemprosesan, tetapi ingin mengenalinya sebagai “platform”.

Qualcomm sendiri menguatkan hujah tersebut dengan mengatakan Snapdragon Mobile Platform mengintegrasikan bukan sahaja SoC, tetapi juga menyertakan modem, GPU, DSP dan sebagainya didalam satu untuk digunakan dalam peranti. Melengkapkannya, penggunaan fungsi seperti pengecasan pantas, sokongan audio, WiFi dan lain-lain – menjadikan ia lebih sesuai dipanggil platform daripada hanya dikenali dengan nama cip pemprosesan.

Pada masa yang sama, Qualcomm turut mengumumkan yang mana hanya platform premium sahaja yang akan mengekalkan nama Snapdragon, sebaliknya pemprosesan siri Snapdragon 200 sebelum ini akan dinamakan dibawah Qualcomm Mobile.

Seperti biasa, perubahan ini oleh pihak Qualcomm hanya lebih kepada penjenamaan mereka sahaja. Mungkin pengguna sendiri akan mengambil sedikit masa untuk mengadaptasi dengan perubahan penjenamaan baru ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mNN41q



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.