Acer Berkongsi Lanjut Mengenai Set Realiti-Gabungan Berasaskan Windows – Acer Windows MR
Acer sebelum ini sedia berkongsi mengenai set realiti-gabungan mereka tersendiri yang berasaskan kepada Windows 10, dan hari ini mereka berkongsi lanjut mengenai peranti berkenaan.
Acer memanggilnya sebagai Acer Windows MR, dan buat masa ini ia dilihat lebih menyasarkan kepada para pembangun terlebih dahulu. Dengan langkah ini, mungkin kandungan boleh tersedia apabila ia dipasarkan secara meluas kepada pengguna umum.
Set realiti-gabungan ini membawakan rekaan yang berbeza dengan set realiti-maya lain dipasaran. Salah satunya adalah dimana ia menggunakan rekaan yang boleh dinaikkan atas atau bawah ketika pengguna memakainya – sekaligus membolehkan pengguna mengalihkan ia ke atas untuk melihat dunia nyata, atau menurunkannya kembali ke posisi mata untuk menikmati kandungan realiti-gabungan.
Acer Windows MR ini menggunakan sistem Windows Holographic, serta menyertakan kamera luaran untuk membolehkan kandungan yang dipaparkan mengabungkan kandungan maya pada paparan dunia sebenar.
Acer tidak mengumumkan sebarang tarikh jualan untuknya – tetapi menekankan beberapa kali mengatakan ia adalah set realiti-gabungan yang dipakai di kepala yang sangat ringan di pasaran pada hari ini.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pmAuaJ
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment