Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aiman Tino Belum Terbuka Hati Berlakon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aiman Tino Belum Terbuka Hati Berlakon

Penyanyi Aiman Tino belum terbuka hati untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan walaupun banyak menerima tawaran daripada produksi.

Sebaliknya kata penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu, buat masa ini dia ingin memberi fokus kepada bidang nyanyian kerana bimbang tidak dapat membahagikan waktu di antara dua cabang seni itu.
“Alhamdulillah tawaran dalam bidang lakonan itu memang banyak tetapi buat masa ini saya memilih untuk fokus kepada bidang nyanyian terlebih dahulu.

“Bukannya apa saya bimbang tidak dapat membahagikan masa dengan baik kerana lakonan memerlukan komitmen yang tinggi,” katanya.

Bagaimanapun kata Aiman, pada masa hadapan dia terbuka untuk mencuba berlakon kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam karier seninya.

Dalam pada itu, Aiman yang baharu melancarkan produk Sweet Aiman memberitahu dia semakin seronok menceburi bidang perniagaan dan merancang untuk mengeluarkan lebih banyak produk.
Kata Aiman, walaupun masih muda namun dia melihat bidang perniagaan adalah sebagai satu jaminan masa hadapannya selain dapat mempelajari sesuatu yang baharu.

“Saya tidak akan selamanya berada di atas dan penglibatan saya dalam bidang perniagaan adalah sebagai salah satu perancangan masa depan.

“Alhamdulillah produk yang saya keluarkan mendapat sambutan baik daripada pembeli dan ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk memperbanyakkan lagi produk dibawah jenama saya.
“Insya-Allah saya juga ada merancang untuk mengeluarkan pakaian sendiri selepas ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Aiman berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharunya yang berjudul Lara Dalam Kerinduan ciptaan bapanya, Yusri Ishak.

The post Aiman Tino Belum Terbuka Hati Berlakon appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oWvsS5

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.