Umie Aida bangga dengan anak
Ibu mana yang tidak berbangga melihat kejayaan anaknya yang dijaga dan dibesarkan semenjak dari kecil lagi.
Kasih dan sayang pelakon wanita popular Umie Aida yang dicurahkan terhadap anak angkatnya saling tidak tumpah seperti kasih sayang seorang ibu kandung terhadap anaknya.
Umie berbangga kerana dia mempunyai masa untuk melihat dua anak angkatnya Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy membesar di depan matanya.
“Apabila melihat anak membesar dan bekerja, bagi saya satu pencapaian berharga buat diri sendiri kerana sebelum ini, saya yang besarkan mereka.
“Macam Daniel, selepas habis sekolah, dia terus kerja dan saya kata tak apa, yang penting kumpul pengalaman, manakala Dzulhelmy masih lagi bersekolah.
“Doa saya semoga mereka sentiasa dilindungi ALLAH SWT,” ujarnya.
Doa seorang ibu ini sangat diharapkan oleh setiap anak kerana doa ibu itulah yang mengiringi si anak sehingga berjaya.
Ditanya tentang perkembangan kerjaya pula, Umie mengakui lambakan pelakon kini tidak membuatkan dia mudah menerima apa sahaja tawaran yang datang sebaliknya diteliti skripnya dan dinilai agar hasil yang dipersembahkan memuaskan hati semua pihak.
“Tidak dinafikan, ramai yang fikir saya hanya menerima tawaran daripada kakak sendiri atau pengarah dan penerbit terkenal, tapi sebenarnya tidak, saya tak kisah pun siapa pengarah itu, cuma yang utamanya adalah skrip.
“Kalau ia sebuah karya berat yang perlu bermain dengan air mata, saya mahu ia betul-betul berat.
“Saya juga melihat siapa pemain yang akan menjayakan naskhah itu kerana saya komited dengan kerja.
“Ada sesetengah pelakon, bila di set, baru nak hafal skrip, kadang kala lakonannya juga tak mejadi.
“Sedangkan saya apabila tamat penggambaran, balik ke rumah, saya akan mula baca babak yang akan dirakamkan esok. Jadi bila ke lokasi, saya sudah bersedia.
“Sebab itu saya suka apabila ada produksi yang sanggup keluarkan duit lebih bayar mereka yang tahu buat kerja daripada bayar kurang dan penggambaran juga jadi bertambah panjang,” katanya yang mula terbabit dalam industri seni seawal usia 18 tahun.
Tambah Umie, dia amat menyukai naskhah berat yang memerlukannya bermain dengan emosi, namun amat sukar mendapat tawaran sebegitu.
“Kalau ada penerbit atau pengarah yang baca, ambillah saya berlakon karya heavy.
“Namun alhamdulillah setelah kali terakhir menjayakan heavy drama menerusi Aku Bukan Malaikat, saya akan tampil dengan naskhah berat sempena hari ibu.
“Telefilem arahan Ghaz Abu Bakar ini berjudul Anak-Anak Ibu dijayakan bersama Khir Rahman, adik Puteri Balqis dan ibu Fauziah Nawi.
http://ift.tt/2pjwaLY
“Ia kisah seorang ibu yang melalui saat getir apabila anaknya menghidapi kanser dan memerlukan permainan emosi yang sangat tinggi.
“Alhamdulillah saya dapat team yang baik, jadi kami saling membantu untuk membawakan watak masing-masing agar telefilem ini dapat memberi kesan kepada penonton,” jelasnya.
Selain itu, Umie berkata, dia akan kembali dengan drama Mak Cun musim ketiga bermula pada 20 April ini, bersama Ezzaty Abdullah, Azwan Kombos, Azizah Mahzan, Balkish Semundur Khan dan Erma Fatima.
Justeru, dia berharap wataknya sebagai Manisa akan memberi pengajaran kepada mereka yang mempunyai sifat hasad dengki dengan kejayaan orang lain.
“Saya rasa watak Manisa mewakili orang-orang di luar sana yang dengki dengan kejayaan oran lain.
“Disebabkan drama ini bergenre komedi, jadi pembinaan watak ini saya sendiri yang reka agar nampak berbeza.
“Cuma kali ini, akan libatkan babak di Dubai, jadi tunggulah kalau Manisa jadi wanita Arab pula selepas ini,” akuinya yang selesa bekerja di bawah Erma kerana sudah memahami apa yang dimahukan oleh kakaknya itu.
Berkongsi perkembangan lainnya, Umie berkata, dia dan rakan baiknya, Erra Fazira akan muncul dengan koleksi raya tidak lama lagi.
Istimewanya baju kurung keluaran mereka yang dipasarkan secara online akan menampilkan rekaan eksklusif.
“Buat masa ini, segala koleksi masih lagi rahsia, kita tunggu hingga tiba masanya nanti dan apa yang boleh saya katakan, saya sibuk dengan projek itu kini,” katanya.
The post Umie Aida bangga dengan anak appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pjtLAZ✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment