Syafiq Yusof Pilih Rosyam Nor Jadi Duta Kecantikan
Pengarah Syafiq Yusof memberitahu pemilihan pelakon Datuk Rosyam Nor sebagai duta produk kosmetik pertamanya iaitu Luxone sebagai paling tepat.
Syafiq, 24, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Luxeone International Sdn Bhd itu berkata, pada awalnya Rosyam diberi produk berasaskan argan itu untuk dicuba namun pelakon itu memberitahu ia memberi kesan positif kepada kulitnya dan dia terus melamarnya untuk menjadi duta.
“Pada mulanya rakan-rakan minta saya cari duta dikalangan artis muda, tapi saya fikir buat apa cari yang muda kerana sudah tentu mereka tiada sebarang masalah kulit.
“Selepas saya beri abang Rosyam cuba produk ini, dia datang kembali beritahu ia berkesan dan ingin membeli produk itu. Jadi saya terus membuat tawaran sebagai duta,” ujarnya.
Rosyam dilantik sebagai duta produk pertama keluaran syarikat milik Syafiq Yusof itu dalam sebuah majlis yang diadakan Isnin lalu.
Bagaimanapun, Syafiq berkata, pada awalnya dia bimbang dengan harga yang perlu dibayar kepada pelakon popular itu.
Namun, selepas beberapa perbincangan, Rosyam memberi persetujuan untuk memikul tanggungjawab sebagai duta produk terbabit.
“Saya ada bertanya kepada dia bayaran sebagai duta, pada awalnya memang tidak mampu tapi Alhamdulillah selepas tawar menawar, beliau setuju dengan harga saya beri,” ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang kerjaya sebagai pengarah filem selepas menceburi bidang perniagaan, Syafiq berkata, dia masih memberi fokus utama kepada bidang itu.
Katanya, bagi memastikan kelancaran projek produk kecantikannya itu dia sudah pun mempunyai sebuah pasukan yang akan menjalankan operasi syarikatnya tersebut.
“Saya memang minat bidang peniagaan sudah lama tapi bapa saya minta saya fokus kepada pengarahan terlebih dahulu.
“Sekarang adalah masa sesuai kerana saya ada sedikit masa dan modal untuk memulakan perniagaan namun begitu saya masih keutamaan kepada bidang perfileman. Saya ada pasukan berkaliber untuk menjalankan dan menjayakan perniagaan ini,” ujarnya.
Sementara itu, Rosyam berkata, dia menerima tawaran untuk menjadi duta selepas sebulan menggunakan produk tersebut yang memberi kesan positif kepada kulit wajahnya.
“Semasa penggambaran, Syafiq datang berjumpa saya dan memperkenalkan produk ini serta meminta saya menggunakannya.
“Setelah beberapa kali menggunakannya ternyata ia memberi kesan positif kerana ia bersifat anti penuaan,” jelasnya.
Produk ini dijual dengan harga RM69.90 dan boleh didapati secara online di www.luxone.com.my.
The post Syafiq Yusof Pilih Rosyam Nor Jadi Duta Kecantikan appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oVNhAt✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment