Hi! Welcome Back and Stay Tune! DJ ND KL FM sakit misteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DJ ND KL FM sakit misteri

Dua hari lalu penyampai radio stesen KL FM (RTM) iaitu DJ ND memberitahu bahawa dirinya sedang menderita penyakit. Khabar kurang enak ini telah dimaklumkan sendiri daripada tuan empunya badan di Instagram.

Pun begitu, DJ ND atau nama sebenarnya Nordin Md Salleh enggan memberitahu penyakit sebenar.

“Salam buat semua, malam ni terlintas di fikiran untuk menitipkan sedikit perkongsian buat semua. Dengan niat kerana Allah dan niat utk memohon keampunan dan kemaafan.


“Bukan menagih simpati atau meraih like atau komen yg banyak, tapi cukup sekadar memberitahu dan memohon keampunan kepada semua.

“Saya kira seandainya saya dijemput oleh NYA bila2 masa yang saya sendiri tidak tahu, saya telah maklumkan di laman sosial.

Demi Allah, sebenarnya saya penat dan letih untuk mengukirkan sebuah senyuman seperti sebelum ini. Bukan kerana apa, tapi semuanya kerana penyakit misteri yang sedang saya alami tika dan saat ini,” coretnya.

Tambah DJ ND lagi, dia berterima kasih buat semua orang yang telah banyak memberikan kata-kata semangan dan doa. Tak kurang juga isteri, ibu dan ahli keluarga yang lain.

“Namun begitu, saya ingin memberikan ucapan sejuta terima kasih yang tak terhingga buat isteri tercinta yang cukup kuat dan sangat memahami isi hati, juga buat Bonda tercinta di kampung (maaf mak, adik tak beri tahu yg adik sedang sakit. Adik tak nak mak risau).

“Ucapan setinggi2 penghargaan ini juga saya tujukan buat teman2 di PKNS yang sangat2 memahami khususnya di bahagian Arkitek Landskap dan juga rakan2 di RTM khususnya KLfm. Bos terima kasih kerana memahami, Allah saja yang dapat membalasnya.

“Saya nak sebutkan satu persatu nama2 teman2 disini yg selalu mengambil berat akan kesihatan saya, namun anda tahu siapa anda. Pun begitu, saya ajukan ucapan terima kasih ini kepada En Hashim yang sudi datang mengubati saya tanpa bayaran (sayu hati tika menulis ni, kerana Allah saja yang dpt membalasnya).

“Abg Hezry yg sudi menghantar ke Darul Syifa dan juga Kak Sal yang follow drpd belakang, abg MK yang sering sms tanyakan kabar berita. Terima kasih yg tak terhingga semua. Baik yang mendoakan saya dari jauh mahupun dekat,” tulisnya.

Dalam perkembangan terbaru, DJ ND juga berkata, keadaan kesihatan yang kini semakin sembuh dan bakal bergelar seorang bapa. Isterinya dijangka bersalin pada bulan Jun depan.

“Semoga kesihatan saya akan kembali pulih seperti sedia kala. Alhamdulilah saya semakin pulih sekarang ini, memandangkan menunggu saat dan ketikanya bergelar Ayah/Bapa/Daddy/Abah tak lama lagi (dijangka 5 Jun ini due) doakan ya yang terbaik.

“Justeru, cukuplah mendoakan saya agar kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala dan saya mohon ampun dan maaf seandainya saya ada membuat kesilapan baik disedari mahupun tidak sebelum ini. Terima kasih semua atas doa2 kalian. Allah saja yg membalasnya,” katanya.

The post DJ ND KL FM sakit misteri appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oUXCwy

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.