(Ura Ura) NVIDIA Bakal Mengumumkan Kad Grafik Berasaskan Cip Pemprosesan Grafik Volta Pada Suku Ketiga Tahun Ini
Persaingan di arena komponen, terutamanya kad grafik nampaknya semakin sengit diantara AMD dan NVIDIA. AMD yang baru sahaja mengumumkan siri kad grafik RX 500 bakal hadir dengan kad grafik RX Vega tidak lama lagi, dan walaupun NVIDIA mempunyai barisan kad grafik yang cukup berkuasa dan lengkap dengan siri GTX 1xxx, nampaknya Team Green akan mempercepatkan lagi pengeluaran siri kad grafik terbaru mereka – Volta.
Berdasarkan garis masa yang ditunjukkan sebelum ini, cip pemprosesan Volta ini dikatakan hanya akan diumumkan pada awal tahun 2018, akan tetapi ura-ura kini kuat menyatakan bahawa NVIDIA sedang berusaha keras untuk mengeluarkan cip pemprosesan Volta ini untuk bersaing dengan AMD RX Vega.
Jika kenyataan NVIDIA tentang cip pemprosesan Volta ini masih lagi sama seperti sebelum ini, ada kemungkinan besar ia akan diberikan nama siri GTX 2xxx, dan akan hadir dengan teknologi memori bertindih (stacked memory), seperti yang digunakan oleh AMD pada kad grafik R9 Fury dan juga RX Vega yang akan datang.
Pada pendapat kami, ura-ura ini mungkin keluar kerana NVIDIA sedang merasa tekanan oleh AMD kerana populariti CPU Ryzen mereka akan memberikan suntikan semangat untuk syarikat tersebut memajukan lagi cip pemprosesan Vega mereka, dan jika Ryzen dijadikan penanda aras, ada juga kemungkinan besar kad grafik RX Vega juga akan hadir dengan paras harga yang sama.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2osao4v
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment