Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dian Sastro Tepis Tangan Peminat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dian Sastro Tepis Tangan Peminat

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Indonesia yang sering menjadi pujaan ramai semenjak melakonkan watak Cinta di dalam filem Ada Apa Dengan Cinta, Dian Sastrowardoyo.

Terbaru tular di laman media sosial tentang satu video yang sempat merakamkan aksi aktres ini apabila dia menepis tangan peminat yang ingin bergambar dengannya.

Menerusi video itu, terlihat karakter dirinya yang tidak suka didekati oleh peminat ketika itu.

Gayanya  menepis tangan peminat  sambil mengerutkan dahi membuatkan sesiapa yang menonton video ini akan berasa terkejut.

Kejadian itu dikatakan berlaku sewaktu majlis tayangan filem terbaru lakonan Dian yang berjudul Kartini.

http://ift.tt/2pMrqhW

Rentetan daripada video yang sedang hangat menular di laman media ini, pengarah filem Kartini, Hanung Bramantyo tampil memohon maaf kepada semua tentang kelakuan pelakonnya yang dianggap kurang sopan oleh segelintir masyarakat di sana.

“Selaku pengarah filem Kartini, saya minta maaf jika salah seorang pelakon filem itu bertindak tidak sopan kepada penonton. Kami sudah berusaha untuk selalu berkelakuan baik, tapi kami juga manusia.

“Kami juga kadang-kala tidak sedar dan penat hingga timbul perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Saya percaya apa yang dilakukan oleh Dian atau pelakon lain adalah secara tidak sengaja, harap maafkan kami,” ujarnya menerusi laman Instagram pada Selasa.

Selain daripada Dian, filem Kartini ini juga turut dibintangi oleh Acha Septriasa Christine Hakin dan Slamet Raharjo.

Untuk Info, filem Kartini ini mengisahkan tentang seorang tokoh dan juga pahlawan wanita di Indonesia yang menjadi inspirasi buat semua kaum wanita dan wanita itu bernama R. A Kartini.

Jalan ceritanya yang mengisahkan perjuangan Kartini yang melawan takdir dan tradisi keluarganya. Kartini membesar dengan melihat sendiri bagaiman ibu kandungnya, Ngasriah yang menjadi orang buangan di rumahnya sendiri dan dianggap sebagai pembantu hanya kerana tidak mempunyai darah ningrat.

The post Dian Sastro Tepis Tangan Peminat appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pMJZCn

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.