Mastercard Melancangkan Kad Kredit Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina
Kecurian kad kredit mendatangkan kerugian mencecah RM 19 Billion tahun lalu. Oleh itu pelbagai usaha dibangunkan bagi mempertingkatkan tahap sekuriti kad kredit sedia ada. Mastercard cuba menyelesaikan masalah pembelian tanpa kebenaran pengguna dengan meletakkan pengimbas cap jari pada kad kredit mereka.
Kad kredit dengan sistem biometri ini dilancarkan di Afrika Selatan. Pengguna perlu meletakkan ibu jari pada pengimbas semasa melakukan aksi swiping pada pembaca kad kredit untuk melakukan pembelian. Ini menggantikan sistem pin sedia ada. Ujian ke atas akan dilakukan sepanjang tahun ini sebelum ia diperkembangkan ke Eropah dan Asia. Pihak Mastercard akan memperkembangkan teknologi ini untuk menyokong teknologi kad kredit secara tanpa sentuhan di masa hadapan.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oa4ARl✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment