Hi! Welcome Back and Stay Tune! Juruvideo ke dunia lakonan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Juruvideo ke dunia lakonan

BERGELAR pelakon yang masih lagi ‘hijau’ di dalam industri seni lakonan tempatan sama sekali tidak mencacatkan usaha personaliti Bakat Baru Media Hiburan minggu ini, Nasrul Nassar, 19, untuk terus merencana usaha dalam menempatkan diri dalam dunia lakonan.

Nasrul atau nama lengkapnya, Mohammad Nasrullah Nassaruddin memberitahu, meskipun sebelum ini dia sudah pun mempunyai profesion tetap sebagai juru video, namun itu tidak pernah menghalangnya untuk meneruskan cita-cita yang telah tersemat sekian lama.

Apatah lagi pada usianya yang masih muda, jejaka kelahiran Brunei ini mengakui pada fasa inilah, dia perlu mencuba apa sahaja yang diminatinya sebelum terlambat.

“Jujurnya, minat untuk berlakon itu sudah ada dalam diri sejak dulu lagi. Malah rakan-rakan pun ada yang memberi idea untuk saya cuba berlakon atau paling tidak terlibat dalam peragaan.

“Namun mungkin atas faktor usia yang masih terlalu muda pada ketika itu, saya mengambil keputusan untuk terlibat dalam bidang videografi. Abang saya seorang juru foto. Jadi, dia pelawa saya untuk bekerja dengannya sejak 2014.

“Lalu apabila berpeluang ke Kuala Lumpur kerana mempunyai tugasan video di sini, saya tidak lepaskan peluang intai peluang lakonan yang ada.

“Mujur, kenalan di sini banyak membantu dan alhamdulillah, cita-cita saya untuk bergelar pelakon kian cerah,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran untuk drama sulungnya, Hikayat Cinta Si Permata Hati di samping Alif Satar.

Baginya, tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru, apatah lagi bidang yang diterokainya itu adalah sesuatu yang menguja diri. Lebih penting, ibu bapanya di Brunei juga turut menyambut baik akan minat anak bongsu daripada empat beradik ini.

“Saya boleh dikatakan bertuah kerana keluarga sangat memahami minat dan visi saya dalam lakonan. Selagi saya menjaga nama baik dan tidak melakukan hal-hal tidak sepatutnya, selagi itulah mereka akan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

“Sebelum ini pun, saya ada juga mengikuti beberapa sesi uji bakat di Brunei. Namun mungkin kerana tiada rezeki, saya tidak berjaya mendapat apa-apa tawaran berlakon. Tapi itu tidak melemahkan semangat saya.

“Berkat sokongan semua, saya beranikan diri untuk melakukan perkara sama di Kuala Lumpur dan alhamdulillah, ada yang nampak akan potensi saya dalam lakonan. Apa pun, sebagai orang baru, sudah pasti akan terus belajar untuk memantapkan skil lakonan,” katanya memasang azam.

Akur saingan

Melihat kepada senario bintang baru yang silih berganti, aktor muda ini turut mengakui saingan di kalangan rakan seperjuangan adalah sesuatu yang memotivasikan dirinya.

Kata Nasrul, persaingan itu secara tidak langsung memberi ‘tekanan’ dalam sisi positif buat dirinya untuk terus belajar memberikan yang terbaik.

“Saya sedar, drama pertama adalah ujian untuk melihat sejauh mana kemampuan diri. Jadi sebagai persediaan, saya ada mengambil kelas lakonan bersama Cikgu Fazleena Hishamuddin yang juga merupakan aktivis teater dan penulis sejak bulan lalu.

“Saya memang serius dengan apa yang dilakukan kini dan harapnya kelas tersebut dalam membantu untuk meningkatkan prestasi dan kebolehan dalam lakonan. Memang kena struggle bila bercakap mengenai persaingan.

“Tapi kalau nak diikutkan, persaingan itu kenalah ada sebab ia boleh membuatkan kita untuk bersungguh-sungguh untuk majukan diri.

“Selain itu, saya juga ada meminta tip daripada pelakon Saharul Ridzwan. Kami mula rapat ketika saya bekerja sebagai juru video di majlis perkahwinannya.

“Katanya, saya tidak boleh cepat putus asa dan teruskan belajar untuk asah bakat. Saya pegang kata-katanya sebab kalau boleh, saya enggan dilabel harapkan rupa semata-mata,” kata Nasrul yang mengakui kagum dengan kebolehan pelakon itu di dalam menghayati sesebuah watak yang di bawakan.

“Saya bermula dengan ‘zero’ dan saya sanggup belajar. Jadi besar harapan saya agar peminat seni di negara ini dapat menerima kehadiran saya sebagai bintang baru dengan hati terbuka,” harap Nasrul optimis.

The post Juruvideo ke dunia lakonan appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2obuqEz

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.