Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zarina Zainuddin Kesal Buka Tudung, Akhirnya Tarik Diri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zarina Zainuddin Kesal Buka Tudung, Akhirnya Tarik Diri

Beberapa hari lalu, pelakon Zarina Zainuddin telah menerima kritikan daripada netizen yang mempersoalkan tentang penghijrahannya selepas memuat naik foto tidak bertudung bagi menjayakan drama rantaian 100 episod, Dendam Aurora, sedangkan ramai yang tahu bahawa pelakon ini sudah pun berhijab sejak September tahun lalu.

Dalam laporan media sebelum ini juga, Zarina mengakui bahawa dia dalam proses berhijrah dan mungkin akan membuka tudung jika diminta berbuat demikian demi mengikut watak yang diterima.

Jelasnya dia memohon maaf jika ada pihak kurang senang dengan tindakannya dan anggapalah bahawa dia kini masih lagi dalam proses penhijrahan dan akan memperbaiki diri.

Kakigosip telah menghubungi pelakon ini dan perkembangan terbaru yang diterima adalah ibu kepada empat orang anak ini telah menarik diri daripada drama tersebut selepas berfikir semasak-masaknya.

“Kak Ina sudah berbincang dengan penerbit dan alhamdulilah, kakak tak jadi teruskan ambil watak tersebut.  Kakak tolak cara baik dan terangkan pada penerbit.  Penerbit pun faham situasi yang Kak Ina lalui sekarang ini.

“Berkenaan dengan babak yang dah shoot tu, mereka akan reshoot semula dan watak akak akan digantikan dengan orang lain,” jelasnya.

Pelakon berusia 46 tahun ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada penerbit dan semua yang terlibat kerana memahami dirinya.

Ini merupakan antara pengorbanan terbesar Zarina Zainuddin, menolak tawaran berlakon 100 episod.  Semoga Zarina terus dimurahkan rezeki lain selepas ini. InsyaAllah.  

“Terima kasih kepada semua.  Doakan Kak Ina dapat cari rezeki untuk anak-anak.  Kami harapkan duit pulut kuning sahaja dan lakonan akak.  Semoga Allah permudahkan jalan hidup Akak untuk terus membesarkan anak dan memberi kehidupan yang selesa untuk mereka.  Amin,” terangnya sayu.

The post Zarina Zainuddin Kesal Buka Tudung, Akhirnya Tarik Diri appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pYi6Uv

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.